Kitar Semula Artikel
Kadang-kala, kita tidak tahu bahawa artikel yang kita tulis lama dahulu akan menimbulkan minat semula. Cerpen saya ‘Kembalikan Senyuman Itu‘ tiba-tiba diangkat oleh portal iluvislam.com semalam dan menarik lebih ramai pembaca daripada sebelum ini.
Kemudian, baru saya teringat bahawa majalah Milenia Muslim yang baru telah keluar. Oleh itu, hak penyiaran mereka telah tamat dan saya telah letakkan artikel ‘Kemboja - Merentasi Masa, Mensyukuri Rahmat’ di sini.
Baru-baru ini juga saya juga telah menonton anime Fafner: Right of Left dan saya fikir akan nukilkan dalam kerangka Sai-Fai dan Cinta seperti Voices of a Distant Star. Kebetulan pula ada yang bertanya tentang elemen cinta dalam Sai-Fai dan saya dapati anime Fafner: Right of Left adalah contoh yang baik. Jumpa lagi nanti!
Filed under Uncategorized | Comment (0)Ke Hujung Negeri
Esok saya akan ke Johor Bahru untuk tampil di MPH City Square pada hari Sabtu. Ini kali pertama saya pergi membuat promosi di luar Kuala Lumpur. Acaranya mudah sahaja, penampilan dan sesi autograf pada jam 3 petang hingga 4 petang.
Saya sendiri sudah lama tidak menjejakkan ke Johor Bahru sebenarnya, dan sengaja memilih untuk sekalikan program ini sambil ziarah saudara di sana. Saya agak asing dengan bandaraya ini kerana tidak pernah berpeluang untuk menjelajahnya. Malu juga bila mengatakan saya lebih arif dengan selok-belok Kota Singa di sebarang tambak berbanding JB.
Maaf juga kepada para pembaca kerana tiada sambungan tentang Mitologi & Fiksyen Sains. Entah angin apa yang bertiup, saya jatuh demam dan pening kepala. Sakit kepala mengongkong saya kepada realiti di depan mata sahaja, tidak mampu untuk saya ke dunia imaginasi serta falsafah dalam benak ini. Hari ini sudah pulih 70%, doakan agar saya pulih sepenuhnya menjelang esok!
Al-Fatihah kepada SN S. Othman Kelantan. Saya akan rindukan ceramahnya yang lantang itu!
Filed under Uncategorized | Comments (6)Sifu Manga
Tempoh hari saya ada sebut tentang siri Astro Boy. Inilah mendiang Osamu Tenzuka yang merupakan pencipta siri tersebut. Beliau juga dikenali sebagai BapaManga.
Baca lebih lanjut tentang beliau dalam artikel ini.
Nota: Saya sedang ada kerja lain yang perlu dibuat. Nanti saya sambung lagi!
Filed under Uncategorized | Comments (7)


