Trivia Di. Ar. Ti.

January 9th, 2009

drt

1. Tajuk asal novel ‘Manuklon’ adalah ‘Bumi Manuklon’. Ini dinyatakan sebagai novel akan datang Dr. Rahmat Haroun pada kulit belakang buku.

2. Dr. Rahmat Haroun menjangkakan bahawa salah satu calon akhir angkasawan negara adalah seorang doktor yang berkhidmat dalam angkatan tentera. Pencalonan Mejar Dr. Faiz Khalid dan Dr. Sheikh Muzaphar membuktikan telahan beliau tepat.

Cetusan Kenangan

September 9th, 2008

Semoga kau bahagia di sisiNya
Diiringi doa ingatan yang tercinta
Segala jasamu membakar semangat
Serta azam mereka yang berjuang

Firdaus Ariff
8 September 2009
Terminal Putra

Baru semalam saya tercetus rasa untuk menulis serangkap lirik/puisi di atas dan hari ini saya menerima komen yang sungguh panjang dari Puan Ranofla Dianti menyatakan penghargaan kerana menulis tentang Allahyarham S. Othman Kelantan. Saya fikir komen itu sebenarnya ditujukan sebagai emel dan saya menyiarkannya semula di sini untuk tatapan semua:

Terima kasih di atas segala doa dan ucapan takziah untuk Almarhum Prof Dr. Syed Othman Syed Omar (S. Othman Kelantan). Sebagai isterinya yang menjaga segala keperluan dirinya selama 14 hari beliau di hospital, tiada lagi air mata yang bisa mengalir dan tiada lagi kata-kata yang bisa diungkapkan. Saya cukup gembira kerana setiap malam saya berada disampingnya dan dia menggenggam erat tangan saya ketika dia tidur. Ketika lapar, saya menyuapkannya dan segala kebersihannya saya yang bersihkan dengan penuh kasih sayang serta memandikannya setiap pagi.

Tiap petang pula saya akan mendukungnya dan meletakkannya di atas kerusi roda dan berjalan-jalan disekitar wad. Saya lakukan sendiri semuanya tanpa bantuan Jururawat. Kini dia telah pergi bersama Tuhannya. Saya sungguh sepi. Dan kebetulan pula filem terakhir yang kami tonton bersama sebelum beliau sakit bersama puteri kami yang berusia 6 tahun, berjudul “Sepi”.

Continue reading »

Kata Pak Samad

August 28th, 2008

Eyes of a Great Writer

Semalam terjumpa Pak Samad di MPH Mid Valley semasa hendak berjumpa kawan-kawan lama zaman sekolah dahulu. Saya bertanya padanya, “Apa buku menarik Pak Samad jumpa hari ini?”

“Banyak buku menarik, tetapi tidak cukup duit untuk menariknya!”

Buku Pilihan: Introducing Media Studies

August 27th, 2008

Secara purata, individu berumur 60 tahun telah mendengar, melihat atau membaca 50 juta iklan sepanjang hidupnya. Kita juga mendapat berita sepanjang waktu dari radio, televisyen, dan internet. Media memang berlegar sekitar hidup kita jadi apa kata kita cuba memahaminya?

Buku tulisan Ziauddin Sardar ini memberi pengenalan yang segar dan menarik tentang apa itu media. Illustrasi gila-gila Borin Van Loon pula melengkapkan buku ini untuk memberi gambaran yang lebih jelas lagi.

Beberapa fenomena media diterangkan dalam buku ini seperti:

  • Adakah cerita ganas menyebabkan kanak-kanak terpengaruh?
  • Bagaimana iklan menimbulkan keinginan untuk membeli?
  • Apa maksudnya iklan rokok yang tidak menunjukkan rokok?
  • Mengapa hujanan berita di media sukar mengubah pilihan dalam politik?

Harga buku ini adalah RM38.50 dan jumlah itu memang pelaburan yang berbaloi untuk memahami dunia serta realiti kita yang dibentuk media dan membentuk media.

Institut Peradaban Melayu?

August 19th, 2008

Sejak beberapa hari lepas, statistik mencatatkan bahawa ada pengunjung ke blog ini datang dari sebuah laman web UPSI. Apabila saya mengikut kembali link tersebut, laman web itu adalah laman web Institut Peradaban Melayu. Saya garu kepala sebentar, apa kena-mengena blog fantasi dan sai-fai dengan institut sebegitu?

Persoalan itu akhirnya terjawab apabila Prof. Emeritus Abdullah Hassan meninggalkan pesan di laman ini:

Assalamu alaikum warahmatullahi wwbarakatuh,

Didoakan semoga anakanda Firdaus Ariff sihat walafiat.

Laman Sutdio Inspirasi ini ayahanda pautkan pada laman Institit Peradaban Melayu, UPSI.

Ini adalah kerana kandungannya banyak memanfaatkan para guru yang perlu berjinak dengan Fantasi dan Fiksyen Sains.

Wassalam

Prof. Emeritus Abdullah Hassan
Pengarah
Institut Peradaban Melayu, UPSI

Saya amat berbesar hati kerana diberi penghormatan ini. Kepercayaan ini akan saya jadikan pendorong untuk menghasilkan entri-entri dan karya-karya yang lebih berkualiti di masa hadapan.