Sophia’s Journal: Time Warp 1857
Sinopsis: Novel ini mengisahkan tentang Sophia, seorang American Muslim. Dalam satu kembara bersama keluarga di Kansas, Sophia telah terjatuh ke dalam sungai lalu terdampar ke tahun 1857 - di tengah-tengah kekalutan Bleeding Kansas. Sophia terkejut dengan perhambaan yang masih berleluasa dan berusaha untuk melawannya. Baca lebih lanjut di sini
Saya terjumpa buku ini secara tidak sengaja lewat Facebook dan memang tertarik dengan premis ceritanya. Apatah lagi bila dikatakan penulisnya membuat penyelidikan yang menyeluruh tentang sejarah Amerika. Malah, resepi era 1857 turut dimuatkan dalam buku ini.
Novel ini boleh dikategorikan sebagai historical fiction atau fiksyen sains/fantasi (bergantung kepada cara Sophia sampai ke tahun 1857). Mungkin juga alternate-history kalau ada perubahan besar dalam sejarah 1857. Tentunya saya teruja kerana wujud genre sebegini dalam komuniti Muslim di luar sana.
Harganya sekitar USD10 dan diikutkan saya memang mampu membelinya. Cuma, saya tiada kad kredit untuk pembayaran. Siapa mahu tolong?
Filed under Fiksyen Sains, Sejarah, UK, US | Comments (4)Khazanah Angkor
Dalam rangka kembara ke Kemboja baru-baru ini, saya sempat juga melakukan sedikit sebanyak penyelidikan tentang sejarah Kerajaan Angkor. Sumber utama saya adalah buku The Treasures of Angkor tulisan Marilia Albanese yang saya beli di perkarangan Angkor Wat.
Dalam siri Saga Empayar Kristal, Kerajaan Angkor menjadi antagonis utama. Namun, saya belum cukup berpuas hati dengan penampilan Kerajaan Angkor dalam Sayap Adinila. Filem blockbuster ‘300′ pernah dikritik kerana tidak memberi perhatian yang secukupnya kepada pihak antagonis dan itu adalah kesilapan yang mahu dielakkan.
Setakat ini, pemilihan nama elemen-elemen Kerajaan Angkor dalam Sayap Adinila adalah betul. Tetapi, buku panduan ini menerangkan bahawa perkataan seperti Naga dan Garuda mempunyai konotasi yang berbeza dalam mitologi Angkor. Contohnya, Garuda tidak bermaksud burung yang besar tetapi bermaksud makhluk separuh manusia separuh burung. Mujur maksudnya tidak ditulis dalam buku pertama, maka dapat dibetulkan dalam novel kedua yang sedang ditulis dengan working title Pulau Azur.
Sikap kejam Kerajaan Angkor terhadap rakyatnya juga terakam dengan betul dalam Sayap Adinila dan saya bersyukur dengan ilham yang betul itu. Buku panduan ini juga memberi cadangan nama-nama yang lebih canggih dan mantap. Diharapkan bahawa novel kedua Saga Empayar Kristal akan membawa pembaca menelusuri sejarah dan mitologi Angkor dengan lebih dalam!
Filed under Asia, Novel, Penulisan, Sejarah | Comment (1)Mengurus Maklumat Sejarah
Apabila menulis novel sejarah, tentunya ada banyak maklumat yang perlu dikumpul dan diuruskan. Antaranya adalah tarikh dan peristiwa. Ketepatan maklumat adalah penting untuk menghasilkan karya yang bermutu.
Tetapi, bukannya mudah untuk menguruskan maklumat yang banyak. Kadangkala naik juling mata melihat tarikh-tarikh itu. Maka, teknologi dapat membantu dalam hal ini. Download sahaja template Excel timeline_bargraph.xls ini dan masukkan data peristiwa-peristiwa sejarah.
Apabila data dipersembahkan secara visual, kita mungkin dapat melihat perkaitan-perkaitan baru. Contohnya, Salahuddin al-Ayubi adalah sezaman dengan jurutera ulung al-Jazari. Mungkin ada yang dapat menulis fiksyen sejarah tentang perkara ini. Juga dapat dilihat bagaimana sepanjang penguasaan Empayar Uthmaniah, Terusan Suez tidak digunakan.
Cuba fikirkan, apa terjadi jika Terusan Suez ada semasa penguasaan Empayar Uthmaniah? Ha, itu juga pencetus realiti sejarah alternatif dalam Siri Saga Empayar Kristal. Nantikan saya berteori tentang geopolitik dalam sequel Sayap Adinila!
Filed under IT, Sejarah | Comment (1)Islam di Budapest

Dalam siri Saga Empayar Kristal, sejarah dunia kurun ke-16 mengambil jalan yang berbeza. Antaranya, tentera Islam tidak kalah di pintu Kota Vienna dan Budapest masih dalam genggaman umat Islam. Malah, Bandar Budin & Pest digabungkan lebih awal menjadi Budapest berbanding tarikh dalam sejarah kita iaitu pada tahun 1872. Lebih radikal lagi, Budapest adalah wilayah naungan bersama dua empayar Islam - satu dari Asia Tenggara & satu lagi merangkumi Asia Barat.
Ya, Sayap Adinila bukan sai-fai semata-mata tetapi juga menyentuh tentang alternate-history. Saya sendiri tidak pernah tahu bahawa Islam pernah bertapak di Budapest hinggalah saya terjumpa artikel di TeachIslam.com bertajuk The Remains of Islamic Budapestkarangan Faisal Bodi.
Ah, ini buat diri rasa ingin berkelana ke Budapest!
Filed under Fiksyen Sains, Sejarah | Comment (0)

