Ke KLfm!
Update: Gambar dari Angkasapuri

Vovin, DJ Nazi & diriku

Konti KLfm yang canggih dan selesa
Alhamdulillah, saya dan Vovin telah selamat pergi dan kembali ke konti KLfm untuk menjadi tetamu rancangan GenX yang dikendalikan oleh DJ Nazi. Kami pergi dengan tertanya-tanya hendak cakap tentang apa. Risau juga, hanya novel kami menjadi bekal. Tetapi, DJ Nazi membantu dengan menjadikan sesi itu sebegitu santai sekali.
Ada juga pendengar yang sudi menelefon dan menyatakan bahawa beliau telah membeli empat buah buku fiksyen sains PTS semasa pesta buku baru-baru ini. Katanya watak Niki mengingatkannnya kepada gadis Sabah kerana dialeknya. Pemanggil dari Puchong ini sangat menyokong penerbitan novel-novel fiksyen sains Bahasa Melayu.
Tamat temuramah, kami diminta untuk merakam voice-over secara berduet untuk rancangan GenX. Tuan Roslan bergurau agaknya, adakah patut beliau SMS DJ Nazi minta kami menyanyi!
Terima kasih kepada DJ Nazi dan Tuan Roslan!
Entri Asal:
Kerana aku sedang sibuk mengedit travelog Kemboja, aku salin sahaja entri Vovin:
Filed under Program | Comments (4)Penulis Sai-Fai comel, Nazri M. Annuar akan ditemuramah di dalam radio.
Ya, dengarkan suara lunak penulis pujaan gadis-gadis pop era kontemporari yang akan berkumandang di;
RADIO KLFM,
TARIKH: 21 MEI 2008
MASA: 3 PETANG
FREKUENSI: 97.2
Turut bersama adalah penulis novel sai-fai SAYAP ADINILA, Firdaus Ariff.
Dengar tau.
Nota: Gua masuk radio wehhh!
Berkelana ke Kemboja
Bermula esok hingga 16 April 2008 saya akan berkelana ke Kemboja. Bukannya bercuti tetapi menyertai Misi Dakwah & Kemanusiaan anjuran UIAM. Sepanjang tempoh ini, kemungkinan besar blog ini tidak akan dikemaskini. Paling awal adalah 14 April apabila kami akan melawat Siam Reap sebelum bertolak pulang. Selebihnya, kami akan berada di Batambang.
Coretan Pesta Buku
Semalam sekali lagi saya berkunjung ke Pesta Buku dengan tujuan utama untuk berjumpa rakan-rakan dan melawat gerai-gerai lain. Sampai sahaja di gerai PTS, Iwan sudah menyuruh saya dan Cik Firdaus ke kedai makan bersama Pn. Ainon. Selesai makan bersama tim PTS, lepak-lepak pula dengan Ted bincang tentang buku-buku fiksyen sains yang baru keluar.
Kembali ke gerai PTS, Bayan pula datang dan membeli Sayap Adinila. Pembeli kedua pula adalah Hafizi, adik Fifi. CEO ITNM yang baru juga datang berkunjung ke gerai PTS. En. Khair Ngadiron merupakan Timbalan Dekan semasa saya di Matrikulasi UIA dahulu. Sebagai sokongan terhadap anak murid, beliau turut membeli senaskhah Sayap Adinila. Terima kasih untuk anda semua yang memberi sokongan!

Prof. Umi & Pn. Ainon

Zamri tersenyum lebar

Azrul Jaini - Penulis Fiksyen Sains PTS

Feriz Omar PROWARIS turut datang berjumpa Sifu. Beliau masih ingat pertemuan kami di UIA setahun lepas.

Tuan Sabtu, Mana Buku?

Tuan Web Sutera pun dibeduk juga oleh Sifu
Kata Suara & Pesta Buku

Pak Samad membaca petikan dari 68 Soneta Pohon Gingko

Blogger & Peminat Buku Tegar - Sharon Bakar

Syed Munawwar - “Oh, halusnya!” kata pengunjung Pesta Buku
Penulis & Blog - Tren Masakini

Dari kiri : Pak Adib (The Reader), Saiee Driss, Puan Aizan (Ketua PDM), Nisah, Jiwarasa, Shamsudin Othman, Fauzi (Kawan Pak Adib)
Buat pertama kali, saya menjejakkan kaki ke DBP. Sebelum ini hanya pernah ke kilang DBP yang tidak jauh dari rumah, itu pun sudah lebih 10 tahun dahulu. Kerana tajuk perbincangan adalah Penulis & Blog, maka selayaknya saya datang dengan Pak Adib, seorang blogger senior dan pioneer.
Semasa perbincangan, Jiwarasa ada memperkenalkan Pak Adib dan berterima kasih kepadanya kerana menggerakkannya untuk menulis blog sendiri. Saya juga tergerak untuk menulis blog kerana beliau dan itu merupakan satu titik permulaan dalam kembara menjadi penulis. Awang Goneng juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Pak Adib dalam bukunya Growing Up in Trengganu kerana mendorongnya untuk memulakan blog yang menjadi asas kepada bukunya.
Sekarang, Pak Adib juga menulis memoir di blog khas Dari Pondok Beris - memoir tentang Kelantan. Mari kita sama-sama sokong beliau agar berjaya menyiapkan sebuah buku!
Lebih banyak gambar di bawah >>>
Filed under Malaysia, Program, Tokoh | Comment (0)







