Barisan Sai-Fai Malaysia

April 20th, 2009
From Minikon Sai-Fai

Tanpa disangka-sangka saya terpaksa naik pentas menjadi panelis Mini Forum dan Konvensyen Sai-Fai apabila Presiden PeKOMIK tiba-tiba tidak dapat hadir. Saya memang sudah dijadualkan naik pentas di PWTC pada hari Ahad untuk program Kata Suara kelolaan Raja Ahmad. Sudahnya semasa berborak-borak dengan Abang Pat (Ahmad Patria Abdullah) Mat Jan menelefon dan meminta saya menjadi panelis.

Barisan moderator & panelis memang menampakkan kepelbagaian - Fadli al-Akiti (DBP/Alaf), Ahmad Patria Abdulllah (DBP), Nisah Haron (Ameen/DBP), Nizam Zakaria (Astro) dan saya sendiri penulis yang bernaung dengan PTS. Generasi juga berbeza - Nisah Haron membaca karya Ahmad Patria Abdullah semasa belajar sedang saya pula membaca karya Nisah Haron semasa di sekolah.

Pagi ini saya masih penat, jadi saya akan sambung cerita forum ini kemudian. Hendak bersiap ke PDDP (Pusat Dagangan Dunia Putra) pula!

Nota: Gambar oleh Zamri Mohamad

Cerita dari Piramid Sunway

December 30th, 2008

Pertama kali menjejakkan kaki ke Popular Bookstore di Sunway Pyramid, saya dan Syarafuddin terus pergi memeriksa rak buku Melayu mereka. Ada sekitar empat baris rak dan memuatkan buku pelbagai genre dengan susunan yang kemas. Fikir kami, laju juga jualan buku Melayu di cawangan ini.

Kami tiba awal kerana kurang mahir dengan kawasan tersebut. Tn. Alif Firdaus yang datang memberi sokongan memberitahu bahawa selepas pukul 2 sangat sukar mendapat tempat letak kereta. Nasib baik kami dan Cik Fadillah tiba awal, tetapi Tn. Vovin pula terpusing-pusing setengah jam mencari tempat untuk memojokkan kereta.

From Penulis PTS di Sunway Pyramid

Syarafuddin kali ini bersedia dengan slaid tetapi itu tidak banyak membantu untuk menghadapi kelompok yang rata-ratanya bukan Melayu kerana bicaranya ada kaitannya dengan sistem nilai. Jualan buku Melayu memang laju tetapi hari tersebut ramai yang pulang ke kampung agaknya!

From Penulis PTS di Sunway Pyramid

Untuk sessi fiksyen sains pula, Vovin memulakan bicara dengan menemuramah saya. Kemudian, saya tayangkan pula slaid yang menunjukkan ciptaan yang dulunya angan-angan dalam fiksyen sains yang menjadi realiti saintifik kini. Nampaknya ramai juga yang ralit menonton bicara tentang topik tersebut. Tamat bicara, Vovin dan saya bersetuju bahawa slaid itu adalah bahan yang baik dan perlu dimantapkan lagi.

From Penulis PTS di Sunway Pyramid

Kami juga sepakat mengatakan bahawa ruang aktiviti di Popular Sunway Pyramid ini adalah yang terbaik setakat ini. Kemudahan ceiling-mounted LCD projector dan skrin automatik serta sistem bunyi wireless banyak membantu kami. Lokasinya juga cantik kerana di laluan utama dan tidak tersorok.

Terima kasih kepada Popular Bookstore, Cik Fadillah, Tn. Zain (PTS Sales), Tn. Alif Firdaus dan mereka yang sudi mendengar celoteh kami.

Program Penulis Sai-Fai di MPH Mid Valley

December 3rd, 2008

Syukur kerana program penulis Sai-Fai PTS di MPH Mid Valley telah berjalan lancar. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Pn. Kusyi Hirdan yang menyediakan ‘pelan C’ untuk menjayakan program. Semoga program kita yang akan datang dapat dimantapkan lagi. Juga terima kasih kepada rakan-rakan penulis lain iaitu Vovin, Tn. Amir Husaini, & Azrul Jaini. Buat Tn. Fauzul GM PTS pula, terima kasih banyak kerana terus memberi sokongan untuk memantapkan genre Sai-Fai di Malaysia ini. Kepercayaan tuan tidak akan kami sia-siakan.

Ain Maisarah & Vovin di MPH Mid Valley

August 18th, 2008

Acara penampilan dan sesi autograf oleh Ain Maisarah - siri Impiana & Aku Mahu serta Vovin/Nazri M. Annuar - Opera Angkasa di MPH Mid Valley.


‘Cik Abang’ - Tn. Syaizul


Ain Maisarah


Peminat yang hadir


Mat Jan & Vovin


Sinaganaga


Vovin

Menjejak Inspirasi Penulis

June 30th, 2008

Kali ini, saya terpilih untuk bersama-sama menjayakan program Festival Membaca 2008 untuk slot menjejak inspirasi penulis. Apabila membaca aturcara program, saya memang teruja kerana ini program pertama yang seumpamanya. Tambah pula program ini mencabar kreativiti untuk berkarya dalam ruang masa yang ditetapkan. Terima kasih kepada Fadli yang mencadangkan nama saya!

AKTIVITI MENJEJAK INSPIRASI PENULIS DENGAN  KERJASAMA GAPENA PADA 4 JULAI 2008 (JUMAAT)

1. PENGENALAN

Perpustakaan Negara Malaysia telah mengambil langkah bekerjasama dengan GAPENA untuk mengenalikan Aktiviti Menjejak Inspirasi Penulis sebagai salah satu pengisian sempena Festival Membaca Kebangsaan 2008 yang akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur dari 2-4 Julai 2008.

2. AKTIVITI MENJEJAK INSPIRASI PENULIS

Tarikh Aktiviti Menjejak Inspirasi Penulis ialah pada 4 Julai 2008 (Jumaat). GAPENA  telah memastikan seramai sepuluh orang penulis sekitar  Lembah Kelang sebagai peserta bagi aktiviti ini.

Peserta akan dibahagikan kepada tiga kumpulan dan seorang pegawai dari PNM akan bertindak sebagai pengiring. Setiap kumpulan akan diberi pilihan berkarya di salah satu tempat berikut:

    1. KLCC
    2. Central Market
    3. Muzium Kesenian Islam

Karya yang telah di hasilkan dari cetusan inspirasi di lokasi terpilih akan dipersembahkan kepada penonton pada sebelah petang. Hasil karya boleh di persembahkan dalam pelbagai genre seperti cerpen, sajak, pantun, syair, lirik, skrip dsbnya.

ATURCARA  MAJLIS

8.30 pagi : Berkumpul di Perpustakaan Negara Malaysia, Jalan Tun Razak

: Minum pagi
8.45 pagi  : Taklimat di Bilik Serbaguna, Aras 1, PNM

9.00 pagi : Bertolak ke lokasi Menjejak Inspirasi Penulis

        • i)   KLCC
        • ii)  Central Market
        • iii) Muzium Kesenian Islam

12.00 tgh : Bertolak ke PWTC untuk makan tengahari

12.30 tgh-2.45 tgh   :          Solat Jumaat dan rehat
3.00 ptg.-5.00 ptg    :           Persembahan hasil Aktiviti Menjejak Inspirasi Penulis di PWTC