Notis: Bengkel II Fiksyen Fantasi & Sai-Fai Sabtu 28hb Julai - Gratis
Tarikh: 28 hb Julai 2007
Tempat: Sekolah al-Ikhlas, Taman Permata KL.
Masa: 10 pagi - 5 petang
Pembimbing 1: Otai Sdr Mat Jan
Pembimbing 2: Saudara Firdaus Ariff.
Daftar di http://www.universitipts.com/?p=2053.
“Misi PTS adalah “Memandaikan Bangsaâ€. Maka, buku-buku fiksyen fantasi yang bakal diterbitkan nanti adalah buku-buku fantasi yang membantu pembacanya menjadi individu yang lebih pandai, berbanding dengan waktu sebelum dia membaca buku-buku itu. Buku-buku fantasi PTS tidak akan memberikan cerita-cerita yang anti-tauhid, yang anti-ilmu, ataupun anti-sains.Sebaliknya, fiksyen fantasi PTS adalah pro-tauhid, pro-ilmu dan pro-sains.
Justeru, sambil membaca cerita-cerita fantasi PTS itu kanak-kanak dan remaja dapat mempelajari maklumat-maklumat baru dan istilah-istilah baru yang tidak ada dalam buku-buku teks sekolah yang mereka harus baca demi lulus peperiksaan.”
Nota: Sifu akan hadir sebagai peserta.
Filed under Fantasi, Fiksyen Sains, Pengumuman | Comment (0)Notis: PTS Mencari Penulis Fiksyen Sains dan Fiksyen Sejarah
Adakah saudara berminat menulis fiksyen sains ataupun fiksyen sejarah?
PTS FORTUNA mempunyai program membangunkan kedua-dua genre ini dengan target mahu menjadi pemain utamanya. Pegawai yang diberikan tugas berat itu adalah Sdr. Mat Jan.
Tulis emel kepada Sdr. Mat Jan bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang rancangan beliau menjadikan PTS FORTUNA tempat berkampung orang-orang muda yang menggulati (meminjam istilah Penyair Marsli NO) kedua-dua genre ini.
Beliau sedang membangunkan pangkalan data semua penulis dan bakal penulis fiksyen sains dan fiksyen sejarah di negara ini - mula-mula bagi tujuan membuka kelab, kemudian menubuhkan persatuan sendiri.
Filed under Pengumuman | Comment (0)Salam Pengenalan
Selamat datang ke blog Studio Inspirasi. Di sini dibincangkan tentang karya-karya fantasi dan fiksyen sains. Skopnya luas di sini, bukan setakat novel dan filem tetapi medium lain seperti permainan komputer dan animasi. Dari Jepun hingga ke Amerika Syarikat. Baik karya dalam negara atau luar negara.
Singkap makna di sebalik karya-karya hebat fantasi dan fiksyen sains. Juga mengintai psikologi masyarakat melalui karya-karya ini. Bongkar falsafah, fahami faktor kejayaan. Perjuangan di sini adalah membentuk fantasi dan fiksyen sains mengikut acuan nilai-nilai kita.
Blog ini adalah amanah kepada saya dan Ammar daripada Sifu PTS - Pn. Ainon sendiri. Diamanah semasa perbincangan kami tengah hari tadi. Kami sahut cabaran itu dan moga anda turut mendokong perjuangan ini.
 ’Memandaikan Bangsa Melalui Fantasi dan Fiksyen Sains’
Filed under Pengumuman | Comments (2)
