Ain Maisarah & Vovin di MPH Mid Valley

August 18th, 2008

Acara penampilan dan sesi autograf oleh Ain Maisarah - siri Impiana & Aku Mahu serta Vovin/Nazri M. Annuar - Opera Angkasa di MPH Mid Valley.


‘Cik Abang’ - Tn. Syaizul


Ain Maisarah


Peminat yang hadir


Mat Jan & Vovin


Sinaganaga


Vovin

Mitologi & Fiksyen Sains I

July 25th, 2008

Apabila saya menghantar kertas cadangan untuk Sayap Adinila, Mat Jan memberitahu bahawa Vovin juga menggunakan nama Rajawali dalam karyanya Opera Angkasa. Tetapi, saya mengambil keputusan untuk tidak menukarnya. Apa alasan saya?

Pertama, kerana nama itu ada maksudnya tersendiri yang dikaitkan dengan kuasa dan kesaktian. Tambahan pula saya mahu memberikannya kontras dengan kapal udara musuh yang diberi nama Garuda. Kedua, penggunaan Rajawali dalam pelbagai karya berfungsi untuk mengukuhkan budaya dan identiti Melayu dalam ruang lingkup fiksyen.

Jika dihalusi lagi, interpertasi saya dan Vovin terhadap Rajawali agak berbeza tetapi mempunyai beberapa persamaan. Antara persamaan yang timbul lewat karya kami adalah penggunaan kelicikan dan ketangkasan berbanding kekuatan semata-mata dalam menghadapi cabaran. Cuba fikirkan, apa relevannya nilai ini dengan masyarakat Melayu dan umat Islam?

Akan Datang: Fiksyen Sains Jepun Bertunjangkan Barat

Cover Baru Sayap Adinila!

June 6th, 2008

Alhamdulillah, novel Sayap Adinila akan diulang cetak dengan cover baru yang lebih segar. Terima kasih kepada para pembaca dan rakan-rakan yang menyokong novel ini. Jutaan terima kasih kepada seluruh warga PTS yang menjadikan novel ini satu kenyataan terutamanya Pn. Ainon dan Mat Jan. Ayah, ibu dan adik-adik - terima kasih banyak-banyak atas sokongan moral dan material!

Komen tentang cover baru? Rungutan tidak ‘original’ memang akan kedengaran tetapi cover kali ini akan dapat menerangkan dengan lebih baik apa kandungan Sayap Adinila. Mata wanita di belakang mungkin mewakili watak Tengku Arafiah dan juga menunjukkan ini novel islami (merujuk kepada cover Salju Sakinah dan Ayat-ayat CInta). ;)

Salju Sakinah

May 16th, 2008

salju_sakinahl.jpegSalju Sakinah adalah antara novel terbitan PTS yang paling laris jualannya semasa di Pesta Buku KL baru-baru ini. Rak tempat novel ini diletakkan sentiasa dikerumuni orang ramai. Berdasarkan pemerhatian rambang, kebanyakan pembelinya adalah para pelajar sekolah agama dan universiti seperti UIA, KUIS, USIM serta yang sewaktu dengannya. Ya, lautan tudung labuh selalu sahaja menyerang rak novel cinta Islami PTS!

Sekali lagi Ustaz Zaid Akhtar mengekalkan wanita sebagai watak utama seperti novel Sesegar Nailofar dan Rona Bosphorus. Bezanya, berbanding dua novel sebelum ini Salju Sakinah turut menggunakan latar tempatan dengan meluas. Kali ini, Jordan dan Johor menjadi latar cerita cinta dan konflik sosial.

Bagi saya, novel ini sangat akrab dengan para pelajar universiti. Bukan kerana persoalan cintanya semata-mata tetapi tentang peranan mahasiswa untuk berbakti kepada masyarakat. Topiknya mungkin sudah lali kita dengar tetapi konflik sosial seperti hasad dengki, fitnah-memfitnah serta kepercayaan khurafat dan ilmu sesat masih lagi menjadi penyakit sebahagian masyarakat. Konflik sosial inilah yang menjadi perbincangan sepanjang novel ini.

Ketebalan novel ini telah memungkinkan Ustaz Zaid Akhtar melakarkan watak utamanya Sumayyah dengan lebih mendalam. Ini juga mendekatkan lagi watak Sumayyah dengan pembaca kerana tidak akan dirasakan heroin ini ’super’ namun hanya insan biasa seperti kita.

Secara keseluruhannya, tempo penceritaan novel ini memang selesa untuk pembaca. Tetapi, bagi sesiapa yang pernah membaca novel Ustaz Zaid Akhtar sebelum ini, plotnya boleh dianggap klise. Lebih mengganggu apabila plot klise itu diulang dua tiga kali sepanjang novel ini.

Kurang memuaskan hati apabila banyak konflik sosial dalam cerita ini diselesaikan secara deus ex machina yakni dengan intervensi dari Yang Maha Kuasa. Adalah lebih baik jika salah satu konflik sosial itu dapat diselesaikan dengan upaya watak-watak itu sendiri. Tentunya akan menebalkan lagi novel ini tetapi akan menjadikannya lebih bermakna. Kurang puas apabila persoalan konflik sosial itu berlegar begitu sahaja dalam minda.

Apapun, saya tabik Ustaz Zaid Akhtar kerana mempunyai kegigihan untuk menghasilkan karya ini secara novel bersiri dalam akhbar. Babak ‘pengantin salji’ itu juga sudah terbayang sebagai satu babak menarik andai karya ini difilemkan.

Teringat pula babak penamat Nanny McPhee, hehe.

Secara peribadi, novel ini akrab dengan saya kerana pemilihan latar Johor itu. Memang biasa saya berkunjung ke perusahaan kerepek seperti yang digambarkan dalam novel ini dan saya telah contoh usahawan yang berjaya. Tetapi sedikit bengang kerana kampung nenek saya digambarkan sebagai pusat ajaran sesat.

p/s: Ustaz Zaid, Pagoh bukan tempat jin bertendang tahu! ;)

Faedah Syariah-Compliance

May 14th, 2008

sayap2-s.jpgSemasa Sayap Adinila ditulis, saya dan Mat Jan mensasarkannya untuk golongan lewat remaja dan awal dewasa. Namun, bila ISBN dikeluarkan oleh Perpustakaan Negara, buku Sayap Adinila mendapat kategori i) Fiksyen Sains & ii) Buku Kanak-kanak. Akibatnya, kebanyakan kedai buku akan meletakannya di rak buku kanak-kanak.

Tetapi, kerana buku itu tiada elemen-elemen yang tidak sesuai untuk kanak-kanak maka tiada masalah bagi mereka untuk menikmatinya. Tambah pula dengan jenama PTS yang memang dipercayai oleh ibu bapa. Setakat ini, respon teruja yang saya dapat adalah daripada kanak-kanak lelaki. Mereka juga telah bertanya bila sambungan Sayap Adinila akan keluar.

Seperkara lagi, penulis tidak akan segan dengan kaum keluarga dan guru-guru bila menulis novel yang syariah-compliance. Saya teringat membaca dedikasi dalam sebuah novel fantasi dari US, bunyinya lebih kurang begini - “Dedicated to my son, whom I hope will enjoy it when he’s mature enough.” Novel itu memang boleh dikategorikan sebagai 18SX & 18SG.

Pembaca yang lebih dewasa jangan risau, saya tidak akan ‘downgrade’ sambungan Sayap Adinila. Jika tidak, apa gunanya saya terbit di bawah PTS Fortuna!