Konsert Opick di UIAM

August 7th, 2009


Opick


Dewangga Sakti & Opick


Inteam & Opick


Devotees


IIUM Poetry Club

Lihat lebih banyak gambar di http://picasaweb.google.com/ibnu.ariff/KonsertOpick

Bagaimana Menghantar Artikel ke Majalah?

August 5th, 2009

Soalan Cik Puan Rodiah;

Assalamualaikum saudara, saya berminat untuk menulis artikel di majalah Dewan Kosmik atau Dewan Siswa tetapi saya tidak tau bagaimana prosedur sepatutnya saya lalui. Saya berharap saudara dapat membantu saya mengembangkan ilmu.

Terima Kasih

Jawapan;

Waalaikumussalam

Sila dapatkan naskhah terkini majalah Dewan Kosmik dan Dewan Siswa. Cari emel Editor atau Timbalan Editor. Kirimkan emel memperkenalkan diri dan lampirkan artikel. Sebaiknya, baca 2-3 keluaran lepas yang terkini bagi mengenalpasti konsep dan laras bahasa. Sila rujuk buku ini untuk maklumat lanjut:   http://pts.com.my/index.php/buku/413/

Terima Kasih

Balasan Cik Puan Rodiah

Assalamualaikum,

Saya sudah terima emel saudara. Terima kasih saya ucapkan di atas informasi yang diberi. Semoga pertolongan saudara dapat merealisasi impian saya.

Naik Taraf

May 29th, 2009
From Forward June 2009

Bulan ini saya mencapai tahap baru dalam kerjaya sebagai penulis bebas apabila tersenarai sebagai penyumbang tetap di majalah Forward. Langkah seterusnya adalah mendapatkan kolum sendiri pula!

Artikel saya dalam Forward edisi Jun 2009 adalah Istiqlal & at-Ta’awun: Independence & Tranquility.

From Forward June 2009

Ketahui cara menjadi penulis bebas dengan menyertai Bengkel Sehari Penulis Bebas.

Menulislah Di Mana-Mana Sahaja!

May 26th, 2009
From Screen Captures

Penulis bebas tidak perlu terikat dengan pejabat tertentu tetapi ada kalanya perlu bekerja di luar rumah agar lebih fokus. Rakan saya Nazri adalah seorang professional multimedia bebas yang menjadikan kafe-kafe di seluruh Lembah Klang sebagai pejabat bergeraknya. Beliau telah menyenaraikan lokasi yang pernah digunakan berserta maklumat tambahan seperti kemudahan WiFi, surau serta review di laman web OfficeKami. Juga semak artikel beliau tentang tips-tips ‘membina’ pejabat bergerak di sini.

Ketahui cara menjadi penulis bebas melalui Bengkel Sehari Penulis Bebas!

Sai-Fai Melayu Berangan Sahaja?

May 5th, 2009
From Minikon Sai-Fai

Semasa Minikon & Forum Sai-Fai Malaysia yang berlangsung sewaktu Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur telah datang satu soalan yang dikira agak kurang beradab. Saya katakan kurang beradab kerana seorang hamba Allah telah melemparkan kata-kata bahawa Sai-Fai Melayu tidak ada arah dalam ideologi dan nilainya. Walhal sepanjang forum berlangsung isu nilai dan ideologi itu sering muncul.

Apakah benar Sai-Fai Melayu (yang juga Muslim) tidak ada nilai dan ideologi? Terus-terang saya mengatakan itu satu dakwaan yang tidak adil sama sekali.

1. Sai-Fai Barat mempunyai kecenderungan untuk membuang Tuhan dan percaya kepada kuasa manusia melalui sains semata-mata. Ini persoalan nilai akidah yang paling penting disangkal oleh Sai-Fai Melayu. Sai-Fai Melayu senantiasa meletakkan bahawa walau seampuh mana sains & teknologi yang dikuasai manusia, hanya izin Tuhan yang membenarkannya berlaku. Aspek kesyukuran terhadap penguasaan sains & teknologi juga diterapkan dalam Sai-Fai Melayu.

2. Sai-Fai Melayu juga memupuk sifat yakin diri bahawa kita mampu menguasai sains & teknologi. Tulisan-tulisan itu adakalanya menjadi self-fulfilling prophecy. Contoh terbaik adalah telahan Dr. Rahmat Haroun Hashim bahawa seorang doktor akan menjadi angkasawan pertama Malaysia.

3. Selain daripada sifat percaya diri, Sai-Fai Melayu juga memberi panduan tentang apa yang perlu dilakukan dengan sains & teknologi. Sebagai contoh, Galaksi Muhsinin karya Azrul Jaini menunjukkan bahawa penguasaan teknologi force field shield haruslah digunakan untuk melindungi rakyat dan sekutu dalam misi rahmatan-lil-alamin.

4. Persoalan etika juga dibawa dalam Sai-Fai Melayu, terutamanya tentang soal eksperimen. Misalnya Transgenesis karya Amir Husaini membahaskan tentang etika menggabungkan genetik manusia dengan haiwan. Lebih menarik, subjek yang dihasilkan itu tidak mengakui itu tidak mengakui bahawa dia adalah ciptaan manusia tetapi tetaplah hamba Allah jua.

5. Isu halal-haram juga dibahaskan dalam Sai-Fai Melayu seperti isu daging sintetik yang diselitkan dalam Manuklon karya Dr. Rahmat Haroun Hashim. Adakah halal daging lembu sintetik yang digabungkan dengan gen babi untuk meningkatkan hasilnya? Daging sintetik adalah kajian yang sedang berlangsung sekarang dan mungkin memasuki pasaran 5-10 tahun lagi.

6. Nilai-nilai kekeluargaan juga diangkat melalui Sai-Fai Melayu seperti cerpen Virus Zel Untuk Abah karya Mawar Shafei. Cerpen ini menunjukkan bahawa seseorang itu tidak harus berdendam walau sengketa telah menyebabkan ahli keluarga tidak sehaluan lagi.

Nah, inilah bukti-bukti bahawa Sai-fai Melayu bukanlah sedangkal yang disangka. Ini baru sebahagian sahaja, banyak lagi perkara yang dikupas dalam Sai-Fai Melayu yang sebenarnya sangat relevan dengan perjuangan agama dan bangsa.