Novel Armada Azur Dibeli PNM

Saga Empayar Kristal: Armada Azur
Alhamdulillah, novel Saga Empayar Kristal telah dipilih untuk pembelian terus Perpustakaan Negara Malaysia sebanyak 1089 naskhah. Terima kasih kepada tim PTS, rakan-rakan dan keluarga yang menyokong saya selama ini. Juga terima kasih buat para pembaca yang telah membeli Armada Azur.
Filed under Majalah, Novel | Comments (3)Bagaimana Menghantar Artikel ke Majalah?
Soalan Cik Puan Rodiah;
Assalamualaikum saudara, saya berminat untuk menulis artikel di majalah Dewan Kosmik atau Dewan Siswa tetapi saya tidak tau bagaimana prosedur sepatutnya saya lalui. Saya berharap saudara dapat membantu saya mengembangkan ilmu.
Terima Kasih
Jawapan;
Waalaikumussalam
Sila dapatkan naskhah terkini majalah Dewan Kosmik dan Dewan Siswa. Cari emel Editor atau Timbalan Editor. Kirimkan emel memperkenalkan diri dan lampirkan artikel. Sebaiknya, baca 2-3 keluaran lepas yang terkini bagi mengenalpasti konsep dan laras bahasa. Sila rujuk buku ini untuk maklumat lanjut: http://pts.com.my/index.php/buku/413/
Terima Kasih
Balasan Cik Puan Rodiah
Assalamualaikum,
Saya sudah terima emel saudara. Terima kasih saya ucapkan di atas informasi yang diberi. Semoga pertolongan saudara dapat merealisasi impian saya.
Filed under Majalah, Malaysia | Comment (0)Naik Taraf
| From Forward June 2009 |
Bulan ini saya mencapai tahap baru dalam kerjaya sebagai penulis bebas apabila tersenarai sebagai penyumbang tetap di majalah Forward. Langkah seterusnya adalah mendapatkan kolum sendiri pula!
Artikel saya dalam Forward edisi Jun 2009 adalah Istiqlal & at-Ta’awun: Independence & Tranquility.
| From Forward June 2009 |
Ketahui cara menjadi penulis bebas dengan menyertai Bengkel Sehari Penulis Bebas.
Filed under Majalah, Malaysia | Comments (6)Forward Mei 2009

Pada mulanya saya fikir tiada artikel tulisan tersiar dalam majalah Forward bulan ini kerana tidak menghantar artikel baru bulan lepas. Rupa-rupanya editor menggunakan dua artikel yang saya hantar beberapa bulan lepas. Saya sendiri sudah hampir terlupa dan menyangka bahawa tulisan tersebut tidak akan disiarkan.
Apapun, dapatkan Forward bulan ini yang memuatkan dua artikel saya:
1. Art, Culture & Peace - Perjuangan keamanan melalui seni
2. Mega Project: Makkah - Projek Pembesaran Masjidil Haram
Artikel bulan lepas tentang OIC Computer Emergency Response Team pula boleh dibaca di sini.
Filed under Artikel, Majalah | Comment (0)Baru Pulang Dari Tanah Jawa
Alhamdulillah, saya sudah selamat pulang dari Tanah Jawa. Secara spesifiknya saya telah berkelana ke Jakarta, Cipanas, & Bandung. Banyak pengalaman baru yang diperolehi sepanjang kelana dengan melihat tempat baru, kehidupan masyarakat dan tentu sekali buku-buku baru.
Paling tidak, sudah 7 buah buku dibeli dalam kelana ini. Tambah pula dengan sekitar 10 buah buku yang dibeli semasa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Saya sambung menulis nanti, sekarang saya perlu mengejar deadline untuk menghantar artikel ke majalah Forward!
Filed under Budaya, Buku, Majalah | Comment (0)


