Gelombang Sai-Fai di Pesta Buku Antarabangsa KL 2009

Hibrid

TwinX #2
Urana Exham: Satu Eterniti

Adi Gempa : Evolusi

Saga Empayar Kristal: Armada Azur

TwinX: Gundam Melayu?
TwinX adalah antara antara novel grafik dalam siri Komik-M yang diterbitkan PTS Millenia. Kehadiran TwinX memang menarik minat saya dengan premisnya sebagai novel grafik fiksyen sains. Plot cerita tertumpu kepada watak Aizam yang mewarisi sebuah robot tempur daripada nenek moyangnya.
TwinX membawa pembaca dari bumi Malaysia yang tercinta ini hinggalah ke koloni angkasa lepas jauh di masa hadapan. Namun begitu, nilai-nilai murni ‘tradisional’ masih diterapkan terutamanya gaya hidup Aizam dan keluarganya sebagai pesawah. Nilai kemanusiaan dan kekeluargaan juga masih menjadi teras lantas mengelakkan dari setting dunia apokalips.
Elemen teknologi yang dipaparkan dalam TwinX agak lapuk saya kira kerana terlalu banyak berdasarkan perkakasan masa kini. Ini menimbulkan kejanggalan kerana 100 tahun lagi kita masih pakai USB drive lagikah? Mujur sains di sebalik koloni angkasa yang dipaparkan itu agak mapan dan jambatan yang menghubungkan Malaysia Barat dengan Timur itu juga mencuri perhatian.
Klimaks cerita di mana koloni angkasa yang menjadi kampung halaman Aizam diserang dan tekad Aizam untuk menyelamatkan mereka yang tersayang terus membuatkan saya teringat kepada plot Gundam Seed. Tambah pula dengan halaman yang mebayangkan pertempuran Aizam dengan seorang lagi pemuda yang mempunyai robot serupa di siri akan datang. Terminologi yang hampir serupa juga menguatkan lagi persamaan dengan Gundam.
Tetapi, TwinX berbeza dari segi nilai yang dibawanya. Jika hero-hero Gundam hidup sebatang kara, Aizam ada keluarganya. Kisah cinta juga berbeza kerana Aizam berazam untuk melangsungkan perkahwinan dengan restu keluarga sedang Gundam membawa cerita cinta tiga segi. Saya percaya selagi TwinX membawa nilai-nilai yang tulus, ia akan menjarakkan perbandingan dengan Gundam dan menjadi siri yang teguh.
Filed under Fiksyen Sains, Komik, Malaysia | Comments (7)Hikayat Syah Mardan: Barongan
Hikayat Syah Mardan:Barongan - DBP from tekong on Vimeo.
Projek DBP yang dilaksanakan Tekong dari Flavert Media Lab.
Filed under Animasi, Fantasi, Komik, Malaysia, Sejarah | Comments (3)Komikoo: Penerang Industri Komik Negara?
Baru-baru ini, ada dua majalah komik muncul dalam pasaran iaitu Powder dan Komikoo. Dengan tagline ‘Bukan Komik Main-main’, Komikoo memang mencuri perhatian. Tagline sedemikian membayangkan ada nilai dalam majalah ini, bukan untuk tujuan komersil semata-mata.
Apa yang dimuatkan dalam majalah ini? Ada enam komik panjang 8 halaman dan lima artikel serta beberapa lagi komik satu muka. Harganya pula? RM4 dan tiada sebarang iklan di dalamnya. Dengan mengambil kira kuantiti isi semata-mata, harga yang dikenakan memang berbaloi. Untuk melihat nilai, terus sahaja kepada artikel-artikel yang termuat dalam majalah ini.
Persinggahan pertama adalah artikel wawancara dengan Ben, bekas artis di Gempak Starz. Beliau pernah menang Anugerah Manga Antarabangsa dengan karyanya Le Gardenie. Dalam wawancara tersebut Ben menceritakan bagaimana beliau malu kerana tidak memegang hakcipta karyanya sendiri. Ben kebuntuan untuk menjawab apabila ditanya artis-artis luar negara - “Kenapa artis Malaysia tak dapat pegang hakcipta sendiri?”. Dalam hal ini, Komikoo harus dipuji kerana memperjuangkan perkara ini dan menghormati sepenuhnya hakcipta artis komik. Ada artikel di mStar yang menerumah Roy Ablah, Ketua Editor Komikoo tentang hakcipta.
Kemudian ke artikel Mencari Archetype Komik Tempatan - yakni mencari identiti dan idea segar komik tempatan. Ubder S. Iskandar mengimbas kembali tentang komik gemilang tempatan oleh karyawan generasi terdahulu seperti Periwira Mata Gila karya Rejabhad dan Mat Som karya Lat. Ubder kemudian mengkritik bahawa ramai karyawan tempatan sekarang terlalu dipengaruhi identiti komik Jepun dan Barat secara bulat-bulat. Beliau menekankan bahawa cerita adalah kekuatan sesuatu komik, bukan ilustrasi yang menarik semata-mata. Katanya, bagaikan gadis blonde yang bimbo - menarik pada awalnya tetapi akhirnya tetap menjemukan.
Artikel 12 pula mengutarakan apakah yang perlu dihadapi karyawan komik di Malaysia seperti:
1. Dipandang rendah dari semua aspek
2. Buat cerita humor atau cinta sahaja
3. Terima pembayaran yang murah lagi lambat
4. Lupakan erti hak cipta
5. Hadap segala macam penapisan
Penulisnya mengomel tentang penapisan, katanya adegan ganas tidak dibenarkan, adegan seksi pun jauh sekalilah dibenarkan. Fikir sejenak - adakah ini penting untuk mencipta komik beridentiti Malaysia? Le Gardenie karya Ben yang mendapat pengiktirafan antarabangsa adalah kisah cinta, tiada ganas, tiada seksi.

Kerama & Kudeta
Illustrasi dalam Komikoo memang cantik dan mempunyai stail tersendiri. Mahu sahaja dicadangkan kepada editor agar menggunakan khidmat mereka sebagai illustrator projek novel fiksyen sains dan fantasi. Namun, membaca Kerama, Kudeta, Ubermensch, Oh Superheroku dan Hikayat Sebuah Mitos tidak ditemui apakah cerita dan nilai yang mahu dibawa. Ya, mereka bebas melukis adegan ganas dan seksi tapi mutu ceritanya tidak seberapa.
Beberapa halaman yang dikhususkan untuk komik satu muka pula berbentuk humor. Ilustrasinya? Cantik dan menawan. Cerita? Biasa sahaja, sterotaip komik majalah lawak.
Sebagai kesimpulan, Komikoo harus dipuji kerana memperjuangkan golongan artis komik yang selama ini hilang harta intelek. Namun, diharap harta-harta intelek tempatan yang disiarkan Komikoo akan dapat meninggikan intelek pembaca di masa akan datang.
Filed under Hakcipta, Komik, Malaysia | Comment (1)Roh Jepun vs Roh Barat
Di mana letaknya roh? Apakah fungsinya dan adakah memori itu bermaksud roh? Mari kita lihat bagaimana dua karya fiksyen sains memberi pandangan dalam hal ini - siri anime Ghost in The Shell (GITS) dari Jepun dan novel Pandora’s Star (PS) dari United Kingdom. Dalam dunia kedua-dua karya ini manusia mempunyai sambungan terus kepada internet. Segala maklumat dipancarkan secara terus ke dalam medan penglihatan pengguna.

Dalam GITS, perkhidmatan internet disalurkan melalui rangkaian wayarles terus ke cyber brain manusia. Cyber brain adalah antarmuka antara otak dengan sistem elektronik. Melalui pembedahan, otak manusia dipasang dengan cengkerang besi. Cyber brain ini terletak dalam kepala manusia seperti otak biasa.
Cyber brain boleh berkomunikasi secara terus kepada pelbagai alat elektronik termasuklah cyber brain yang lain. Perbezaan antara cyber brain dan CPU otak robot adalah kehadiran ‘ghost’ - yakni roh. Cyber brain mempunyai ‘ghost’, sedangkan CPU hanya mempunyai program.Sungguhpun cyber brain mampu menyimpan memori selepas kematian tuannya, tetapi ‘ghost’ sudah tiada. Maka tidak mungkin cyber brain itu dipasang ke dalam tubuh klon atau android selepas kematian.
Dalam PS, manusia berhubung dengan internet menggunakan OCtattoo dan retinal insert iaitu kanta sentuh elektronik. Manusia dalam PS juga dipasang memory cell yang mampu merakam segala memori. Sekiranya berlaku kematian, semua data daripada memory cell akan dipindahkan kepada tubuh baru yang diklon. Teknologi seperti ini membolehkan manusia hidup beratus-ratus tahun lamanya.
Di sini kita dapat lihat dalam PS, memori disamakan dengan roh. Sedangkan dalam GITS, roh adalah entiti yang berasingan dengan memori. Apakah yang menyebabkan Masamune Shirow dan Peter F. Hamilton mempunyai interpertasi berbeza dalam hal ini?
Masyarakat barat jarang mempercayai perkara supernatural, bagi mereka semua perkara benar harus dapat diukur. Dalam kes ini, roh diukur dengan jumlah memori. Filem The Sixth Day lakonan Arnold Schwarzenegger juga memaparkan pendekatan yang sama, memori disalin daripada badan yang lama kepada badan baru yang diklon.
Dalam kepercayaan Jepun pula, semua benda mempunyai roh dan semangat. Filem-filem dan siri anime mereka masih memberi penghormatan kepada kepercayaan mereka seperti Totoro. Patung juga mempunyai semangat seperti dalam filem The Cat Returns dan siri anime Rozen Maiden.
Cuba fikirkan, kita percaya bahawa roh akan dinilai oleh Tuhan. Jadi apa terjadi jika roh boleh disalin, adakah setiap salinan itu akan dinilai?
Filed under Animasi, Fiksyen Sains, Jepun, Komik, Novel, UK | Comment (0)



