Backup Dengan Gmail
Antara perkara penting bagi seorang penulis adalah untuk backup hasil tulisannya. Dalam dunia k-ekonomi sekarang, informasi adalah kuasa dan hasil karya adalah informasi yang berharga. Sifu selalu berpesan untuk menggunakan akaun GMail untuk emel kepada diri sendiri salinan hasil karya. Kini ada cara lebih mudah iaitu menggunakan GMail Drive.
Hanya download, install, kemudian masukkan ID dan password GMail. Sekarang anda boleh salin fail masuk ke dalam GMail seperti menggunakan thumbdrive!
Filed under IT, Penulisan | Comments (5)Tips: Buang Garisan Merah Dalam Microsoft Word
Melihat ayat-ayat yang digariskan merah dalam Microsoft Word kadangkala cukup menyakitkan hati. Tambah pula bila Microsoft Word memandai-mandai mengubah perkataan seperti datang kepada dating. Rasanya seperti hendak menjerit kepada PC, “Aku tulis dalam Bahasa Melayulah! Engkau menyemak dengan kamus Bahasa Inggeris tentulah salah semuanya!”
Jika hendak padamkan terus fungsi spellchecker, bagaimana pula dengan dokumen dan tugasan anda dalam Bahasa Inggeris? Penuh dengan kesalahan pula jadinya nanti.
Usah gusar, ikuti langkah seperti berikut:
1. Pilih Edit > Select All
2. Klik dua kali pada bar bawah yang ada tertulis bahasa, selalunya English (U.S)
3. Skrol pilihan yang ada dan klik dua kali pada pilihan Malay.
Sekarang, semua garisan merah itu akan hilang!
Filed under IT, Penulisan | Comments (4)Backup Data Anda!
Semenjak bergiat dalam dunia penulisan, banyak kali terdengar cerita rakan-rakan penulis hilang salinan elektronik manuskrip mereka. Ada yang disebabkan kecurian, tidak kurang juga kerana pincang tugas komputer. Kehilangan manuskrip memang satu mimpi ngeri buat para penulis apatah lagi jika belum dihantar kepada editor.
Apabila diteliti, ternyata saiz dokumen elektronik sesebuah manuskrip adalah kecil sekali. Sebagai contoh, manuskrip Sayap Adinila hanyalah bersaiz 568KB - muat untuk disimpan dalam sebuah disket kuno. Oleh itu, backup manuskrip adalah satu perkara yang mudah untuk dibuat. Saya ada beberapa tips buat saudara sekalian:
- Emel kepada diri sendiri. Daftar satu akaun emel khas untuk menyimpan salinan manuskrip anda. Gmail adalah pilihan yang baik. Tambahan pula, anda dapat mengaksesnya di banyak tempat
- Gunakan program automasi untuk thumbdrive supaya backup dibuat secara automatik. Contoh: Toucan
- Simpan thumbdrive backup di tempat berasingan. Beg laptop adalah tempat paling buruk untuk menyimpan thumbdrive backup anda. Jika berlaku kecurian, anda akan hilang kesemuanya.
- Jadikan backup satu tabiat. Backup setiap kali anda melakukan perubahan besar kepada manuskrip.
Selmat menulis!
Filed under IT, Penulisan | Comments (2)Mengurus Maklumat Sejarah
Apabila menulis novel sejarah, tentunya ada banyak maklumat yang perlu dikumpul dan diuruskan. Antaranya adalah tarikh dan peristiwa. Ketepatan maklumat adalah penting untuk menghasilkan karya yang bermutu.
Tetapi, bukannya mudah untuk menguruskan maklumat yang banyak. Kadangkala naik juling mata melihat tarikh-tarikh itu. Maka, teknologi dapat membantu dalam hal ini. Download sahaja template Excel timeline_bargraph.xls ini dan masukkan data peristiwa-peristiwa sejarah.
Apabila data dipersembahkan secara visual, kita mungkin dapat melihat perkaitan-perkaitan baru. Contohnya, Salahuddin al-Ayubi adalah sezaman dengan jurutera ulung al-Jazari. Mungkin ada yang dapat menulis fiksyen sejarah tentang perkara ini. Juga dapat dilihat bagaimana sepanjang penguasaan Empayar Uthmaniah, Terusan Suez tidak digunakan.
Cuba fikirkan, apa terjadi jika Terusan Suez ada semasa penguasaan Empayar Uthmaniah? Ha, itu juga pencetus realiti sejarah alternatif dalam Siri Saga Empayar Kristal. Nantikan saya berteori tentang geopolitik dalam sequel Sayap Adinila!
Filed under IT, Sejarah | Comments (2)Sayap Adinila Kini Dalam Format mBook!

Sungguhpun masih seminggu lagi sebelum pelancaran mBook PTS-Metadome, website sudah online dan mBook sudah boleh dimuat turun. Untuk lebih banyak buku, sila ke laman web Metadome. Hanya RM5 setiap mBook!
Nota Teknikal: mBook datang dalam format aplikasi JAVA seperti Game. Sebagai panduan, telefon bimbit yang mempunyai skrin berwarna & akses GPRS boleh download mBook.

Menu mBook dalam telefon bimbit







