Ole-ole Tahun Baru

Tahun lepas saya agak menyepi, ditimbun kerja-kerja Projek Tahun Akhir untuk memenuhi keperluan graduasi kemudian terus berturut pula dengan Program Permata Pintar. Kini saya kembali dan untuk memulakan kembara baru ini saya persembahkan kalendar 2010 yang direka oleh Tuan Robot. Semua gambar kucing tersebut diambil oleh saya dan kebanyakannya adalah kucing yang dipelihara oleh sifu saya Pn. Ainon Mohd.
Download di sini.
Selamat melangkah ke tahun baru!
Filed under IT | Comment (1)Firdaus Ariff di Facebook

Bagi mengikuti perkembangan terbaru sila sertai saya di Facebook!
Filed under IT | Comment (0)Cerita Dari Sarawak
| From Bengkel Penulisan Remaja Sarawak |
Alhamdulillah, Bengkel Penulisan Remaja di Pusat Latihan Sarawak pada 28 Mac 2009 berjalan lancar. Sungguhpun pertama kali mengendalikan bengkel secara solo, pengalaman bersama Tuan Zamri Mohamad sangat membantu. Juga ucapan terima kasih khas buat Suadara Azrul Jaini yang membantu. Jika tidak kerananya, kemungkinan besar saya sudah kehilangan suara di hujung sesi 6 jam tersebut.
Secara asasnya, bengkel ini tidak jauh berbeza dari Bengkel Penulis Bebas yang dikendalikan oleh Tuan Zamri Mohamad. Tetapi, kerana ini adalah bengkel anjuran JAKIM dan PERKEPIS maka banyak dimasukkan tentang pengaruh media dan peranannya dalam dakwah. Perbezaan kedua pula adalah para peserta terdiri dari semuda tingaktan 4 hinggalah lepasan maktab perguruan.
Buat masa ini, saya tidak sempat berbicara panjang maka silalah melayari album gambar di sini.

Oh ya, artikel saya tentang OIC Computer Emergency Resposne Team tersiar dalam majalah Forward keluaran April.
Filed under Agama, Artikel, Bengkel, Budaya, IT, Majalah, Penulisan | Comment (1)Synchronize Data
Membaca kisah kehilangan laptop Tuan Fadzli Yusof, saya tumpang simpati. Laptop baru boleh dibeli tetapi data di dalamnya sangat sukar diganti lebih-lebih lagi yang bersifat peribadi. Salah satu masalah yang disebut beliau adalah kesukaran untuk menyelaraskan data antara PC dan Laptop.
Untuk itu saya mencadangkan agar menggunakan Microsoft SyncToy. Bunyinya memang keanak-anakan tetapi sebenarnya sebuah utiliti yang sungguh berkuasa. Utiliti ini boleh backup dan menyelaraskan data antara hard disk dengan thumbdrive, hard disk atau hard disk di komputer lain melalui rangkaian. Saya sendiri pernah menggunakannya sehinggalah PC saya rosak baru-baru ini. (Bergantung pada laptop sahaja sekarang, sungguh bahaya!)
Bagi sesiapa yang mahu khidmat untuk configure utiliti ini dan setup rangkaian boleh hubungi saya di ibnu.ariff@gmail.com - tetapi perlu tunggu selepas saya tamat ujian pada 4 November. Kalau mahu cuba sendiri boleh lawat laman ini.
Pelayar Web Baru: Google Chrome
Baru-baru ini Google melancarkan pelayar web baru yang diberi nama Chrome. Google Chrome direka khusus untuk menjalankan aplikasi web seperti GMail dan Facebook. Setakat yang diuji semalam, pelayar web ini memang terasa lebih pantas. Paling penting sekali, pelayar web ini sukar untuk crash. Jika crash sekalipun, hanya satu tab sahaja akan terlibat dan tab yang lain akan berfungsi seperti biasa. Ciri-ciri yang penting apabila mencari sebegitu banyak maklumat di internet.
Filed under IT | Comments (5)




