Clarke’s Third Law
“Any sufficiently advanced technology is indistinguishable from magic.”
“Sebarang teknologi yang cukup maju tidak dapat dibezakan daripada magik.”
Kata-kata mendiang otai fiksyen sains ini boleh dianggap sebagai jambatan antara genre fantasi dan fiksyen sains kerana ia memberi satu titik pertemuan.
Satu contoh karya yang menggunakan Clarke’s Third Law dengan cantik adalah siri manga/anime ‘Scrapped Princess’. Di awal cerita, penonton disajikan dengan seting Era Medieval dengan kesatria berkuda, puteri yang disumpah dan magik.
Dalam perjalanan ke hujung cerita, elemen-elemen itu menjadi AI tahap tinggi, mecha, dan kejuruteraan genetik. Satu contoh yang paling saya suka dalam siri ini adalah bagaimana semangat pelindung itu disingkap sebagai AI tahap tinggi yang mampu memberi kuasa yang hebat.
Jadi, bagi sesiapa yang meminati kedua-dua genre sai-fai dan fantasi siri ini adalah satu case study yang menarik!
Filed under Fantasi, Fiksyen Sains, Malaysia | Comments (3)Cover Baru Sayap Adinila!
Alhamdulillah, novel Sayap Adinila akan diulang cetak dengan cover baru yang lebih segar. Terima kasih kepada para pembaca dan rakan-rakan yang menyokong novel ini. Jutaan terima kasih kepada seluruh warga PTS yang menjadikan novel ini satu kenyataan terutamanya Pn. Ainon dan Mat Jan. Ayah, ibu dan adik-adik - terima kasih banyak-banyak atas sokongan moral dan material!
Komen tentang cover baru? Rungutan tidak ‘original’ memang akan kedengaran tetapi cover kali ini akan dapat menerangkan dengan lebih baik apa kandungan Sayap Adinila. Mata wanita di belakang mungkin mewakili watak Tengku Arafiah dan juga menunjukkan ini novel islami (merujuk kepada cover Salju Sakinah dan Ayat-ayat CInta). ![]()
Dari Arkib: Advencer si Peniup Ney
Membelek-belek himpunan buku nota, terjumpa satu kandungan yang menarik. Buku nota itu rata-ratanya kosong melainkan empat halaman yang mengandungi teks yang disalin dari Advencer Si Peniup Ney karya Faisal Tehrani. Namun, bukan versi asal tetapi dalam terjemahan Bahasa Inggeris.
Melihat tarikh tulisan itu dibuat, saya tersenyum sendiri. Catatan dalam buku nota itu merekodkan tarikh sekitar 6 bulan sebelum bertemu dengan Pn. Ainon dan PTS. Keinginan hendak menulis itu sangat kuat pada masa itu tetapi tidak tahu hendak disalurkan ke mana. Oleh itu, saya menterjermah - aktiviti yang saya anggap sebagai satu senaman minda.
One: Request of the Forty
Dawn after the winter ends, if you look outside the window of Fatih Mosque, you’ll feel the dew raising up slowly, you’ll hear pairs of bird chirping softly, you’ll see the sun return with it’s warmth, and you’ll witness flowers budding and slowly flourishing into colours.
That dawn was an odd dawn. That’s why it is remembered. The even dawns were less remembered. It is that dawn when Ustaz Sulaiman Hilmi were requested to carry out a peculiar task. Odd as well as heavy.
At the odd dawn, the students of Ustaz Kamal were surprised to see that the saff increase seven rows. Those seven rows were filled by youths sporting beard, shoulder-length hair and wearing white robe, as well as dark blue kopiah. Their face radiant, as if they descended from a province at the peak of the clouds that is so remote, a sky province high above yet filled with fire. Indeed, their origin were unknown, but their rather small eyes and noses not too high and deep black eyes, indicates that they came from a corner of the Far East. All in all the youths are forty people altogether. That is if they really are people.
<< End of page 1 >>
Filed under Agama, Fantasi, Malaysia, Novel | Comment (0)Harry Potter: Buku Pendidikan Politik?
Minggu lepas, salah satu perbincangan di blog Pn. Ainon adalah tentang adakah patut PTS menerbitkan buku politik. Puan Wan Norjihan mengatakan bahawa buku Harry Potter mempunyai unsur-unsur pendidikan politik. Berikut adalah komentar beliau:
Puan,
Assalamu’alaikum warahmatullah.
Saya bersetuju dengan Saudara Hafidz. Isu-isu pendidikan politik perlu diserapkan dalam jiwa remaja secara berhikmah. Remaja, adalah golongan yang masih muda dan masih mencari-cari bagaimana untuk membentuk prinsip, apakah betul dan apakah yang salah. Kebanyakan remaja lebih mudah belajar melalui cara yang menghiburkan, melalui lagu, cerita dan muzik.
Oleh itu cerita yang mempunyai unsur-unsur didikan pemikiran mungkin dapat membantu.
Contohnya dalam siri Harry Potter, Rowling menyentuh isu-isu politik dengan bijak. Isu politik yang disentuh bersifat universal. Antarannya :
1. Isu politik dalam komuniti pengamal sihir
Komuniti pengamal sihir mempunyai kementerian mereka sendiri iaitu Kementerian Sihir (Ministry of Magic). Dalam kementerian ini ada Majlis Tertinggi, Council, jabatan-jabatan dan mahkamah.
Rowling menyentuh tentang Menteri Sihirnya (Cornelius Fudge) yang mudah dibeli oleh Lucius Malfoy (watak jahat – pengikut Voldermort). Tentang bagaimana Fudge yang ingin mengekalkan nama baiknya dalam komuniti tersebut sekaligus mengekalkan kedudukannya sebagai menteri enggan mengakui kembalinya si jahat Voldermort (watak yang paling digeruni dalam komuniti sihir ini). Fudge telah mengisytiharkan perang dingin dengan Harry, Dumbledore dan pengikut-pengikutnya. Fudge juga telah mempengaruhi media untuk tidak melaporkan perkara sebenar tetapi hanya perkara yang ingin didengari oleh komuniti supaya mereka rasa selamat.
2. Isu politik ‘terrorism’
Kebangkitan semula Voldermort membawa pelbagai bencana kepada komuniti. Kekejaman dan pembunuhan berleluasa. Kemusnahan terjadi di sana sini. Komuniti ‘muggle’ mengaitkan dengan perbuatan pengganas.
Bagi mengatasi dan menunjukkan bahawa mereka melakukan sesuatu, mereka telah menangkap beberapa individu yang dikatakan terlibat dengan pengganas. Walaupun mereka tahu ada individu tersebut tidak melakukan, tetapi mereka tidak melepaskan dia kerana tidak mahu menunjukkan bahawa mereka telah melakukan kesilapan.
Mereka juga menghukum golongan yang memperjuangkan keamanan.
3. Wujudnya organisasi yang ingin menyelamatkan komuniti
Bagi memperjuangkan keamanan sebuah organisasi perjuangan, Order of the Phoenix telah ditubuhkan semula secara sulit memandangkan pihak kementerian masih menafikan keadaan kritikal yang sedang melanda.
Bagi mereka yang berfikir, siri popular ini bukanlah semata-mata cerita fantasi, tetapi mempunyai garapan isu-isu universal yang perlu dipedulikan oleh golongan muda. Rowling juga menyentuh isu masyarakat majmuk, perkauman, status dan kelas (‘Antara Dua Darjat”), komunikasi, khabar angin dan yang penting perhubungan inter-personal.
Filed under Fantasi, Politik, UK | Comment (0)*Sayap Adinila Telah Mendarat

Semasa blog ini baru dibuka dahulu, pelbagai respon yang diterima. Rata-ratanya positif, tetapi tidak kurang yang pesimistik seperti yang di bawah:
Ini bukan cara genius….kita terlalu banyak bercakap dan mengulas tentang apa yang telah di capai oleh orang luar sedangkan membuat atau mengusahakan spt apa yg mereka lakukan jauh sekali.Budaya ini sama sahaja di jabatan2 kerajaan yang terlalu banyak seminar dan kursus…hasil pencapaian macam tu jugak.jadi fikir2 kan lah….
Tetapi hari ini, omongan pesimis ini telah dapat disangkal dengan kelahiran ‘Sayap Adinila’ - sebuah karya sains & fantasi yang mengikut acuan kita sendiri. Seterusnya, tunggu sahaja bagaimana penerimaan masyarakat.
Satu impian saya telah termakbul hari ini, yakni ingin menghasilkan sebuah novel yang diterbitkan oleh sebuah penerbit komersil. Moga-moga ini menjadi titik-tolak yang baik untuk mencapai impian seterusnya iaitu menjadi penulis sepenuh masa.
Untuk rakan-rakan yang ternanti-nanti untuk mendapatkan Sayap Adinila boleh beli terus dari saya. Buat masa ini belum ada di kedai. Jika ragu, silakan download preview-sayap-adinila.pdf. Saya amat menanti-nanti maklumbalas daripada anda!
Filed under Fantasi, Fiksyen Sains, Malaysia, Novel | Comments (18)


