Tawaran Penghantaran Percuma!

Dapatkan Sayap Adinila & Armada Azur untuk RM37 sahaja! Penghantaran percuma & buku-buku lengkap berautograf!
Emelkan butiran berikut ke firdaus.ariff@gmail.com
- Nama
- Alamat
- Nombor telefon
Sila bank-in ke akaun Maybank 156011907646 (Muhammad Firdaus bin Ariff) dan emelkan butiran tarikh & masa bank-in ke firdaus.ariff@gmail.com
p/s: Tawaran sah untuk semua negeri di Malaysia!
Nota umum kepada para pembaca: Sila layari blog backup di http://studioinspirasi.wordpress.com sekiranya blog utama mengalami masalah teknikal
Filed under Bisnes, Buku | Comment (0)Singgah ke Pustaka Munirah
| From Pustaka Munirah |
Sabtu lepas, saya menghadiri walimah rakan sekelas di Kemaman. Sebelum pergi ke sana, teringat tentang Tn. Saifuddin - pemilik Pustaka Munirah yang aktif di UNIKA PTS. Saya buka internet, cari nombor beliau dan terus sahaja mengatakan bahawa saya akan singgah dalam perjalanan pulang. Beliau juga mengatakan ada undangan walimah yang perlu dipenuhi, jadi elok sangatlah saya pergi menghadiri walimah dahulu.
| From Pustaka Munirah |
Pustaka Munirah menyediakan pelbagai produk dan perkhidmatan seperti buku, novel, alat tulis dan percetakan digital. Semasa saya datang, agak ramai pengunjung yang sedang membeli-belah. Buku-buku PTS memang banyak di sini di samping novel-novel Alaf21. Kedai Tn. Saifuddin tidak menjual majalah, leceh menguruskannya kata beliau. Tetapi, Komik-M ada dijual di sini.
| From Pustaka Munirah |
Alhamdulillah, Tn. Saifuddin mengatakan bahawa perniagaan beliau berkembang baik dengan peningkatan pendapatan setiap tahun. Pendapatan datang daripada pelanggan walk-in dan pembekalan alat tulis pejabat kepada syarikat-syarikat sekitar. Kontrak kerajaan dan LO? Itu bukan mainan Tuan Saifuddin.
Beliau juga menunjukkan kepada saya gambar-gambar kedai baru Pustaka Munirah yang akan menjadi cawangan utama. Kedai sedia ada akan kekal sebagai kedai alat tulis. Katanya, kedai baru akan menawarkan suasana yang lebih menarik untuk para peminat buku. Beliau mengakui susun atur kedai sekarang kurang sesuai untuk menjual buku. Rak-rak yang ada sebenarnya lebih sesuai untuk menjual barangan runcit.

Sebelum pulang, bergambar terlebih dahulu. Rupa-rupanya novel-novel saya iaitu Sayap Adinila dan Armada Azur ada dijual di Pustaka Munirah. Jadi orang Kemaman tahulah di mana hendak mendapatkan novel saya ya!
Terima kasih diucapkan kepada Tn. Saifuddin dan semoga Pustaka Munirah terus sukses!
Filed under Bisnes, Buku | Comment (0)Berhenti Menjadi Penulis Miskin!
| From Drop Box |
Buku tulisan Badai Fisilmikaffah ini memang menarik perhatian saya. Lebih-lebih lagi dengan tanda amaran “Stop Menjadi Penulis Miskin!” yang terpampang di muka buku. Bukunya nipis dan ringkas tetapi memberi gambaran luas kepada dunia penulisan.
Buku Jurus Maut Menulis Buku Best Seller ini hanya setebal 164 halaman sahaja tetapi menyentuh soal motivasi penulis, menulis novel, artikel dan buku non-fiksyen. Malah, perdebatan memilih penerbit atau terbit sendiri turut dimuatkan.
Dengan sebegitu banyak isu yang dibincangkan tentu sekali setiap satu disentuh sepintas lalu cuma. Namun begitu, saya kira itu sudah cukup untuk penulis yang baru memulakan langkah dalam industri. Kekurangan ketara buku ini adalah ketiadaan bab yang dikhususkan untuk hakcipta.
Selain dari itu, buku ini juga memberi motivasi kepada penulis dan meggambarkan bagaimana penulis harus merancang kewangannya hasil penulisan. Secara keseluruhannya, buku ini positif namun realistik kepada industri penerbitan dan penulisan.
Filed under Buku, Hakcipta, Novel, Penulisan | Comments (3)Santapan Minda
Beberapa minggu kebelakangan ini memang banyak bahan bacaan & multimedia yang saya beli sebagai rujukan. Pembelian sudah bermula sebelum Pesta Buku kemudian berterusan selepas itu apabila berkelana ke Tanah Jawa. Kemudian ditambah pula dengan kiriman barang dari Jepun.
Set Pesta Buku
| From Buku & Bahan |
- Panggil Aku Melaju - Rahmat Haroun Hashim
- Prau With The Silent Soul - Faisal Tehrani (Terjemahan Zawiyah Baba)
- Sea of Rainbows - Dikelolakan oleh SN Muhammad Hj. Salleh
- Adi Gempa: Evolusi - Bahruddin Bekri
- Satu Eterniti: Urana Exham - Kusyi Hirdan (Ini cenderamata sebagai panelis Forum Sai-Fai)
- Takluk Jagat: Amukan Indera Bumi - Zaki Zainol
- Shoot - Reja
- Hibid #1 - Aviltone
- TwinX #2 - PAC
- Orang Kuat - Alif Firdaus Azis
- Kartini - Tembakau
Set Tanah Jawa
| From Buku & Bahan |
- Cahaya Hati (CD) - Opick
- Semesta Bertasbih (CD) - Opick
- Laskar Pelangi DVD - Mizan Production
- Perempuan Berkalung Sorban VCD
- Jurus Maut Menulis Buku Best Seller - Badai Fisilmikaffah
- ORB - Galang Lufityanto
- Mekanika Langit - Muhammad Akrom
- Kumpulan Peribahasa Indonesia - Imam Budhi Sentosa
- Cyber Law & HAKI - Prof. Dr. H. Ahmad
- Ninja - Stephen Turnbull (Edisi Terjemahan oleh Gramedia, dilesesn dari Osprey)
- Waffen SS: Pasukan Eslite Nazi - Bruce Quarrie (Edisi Terjemahan oleh Gramedia, dilesesn dari Osprey)
- Green Beret - Gordon Roffman (Edisi Terjemahan oleh Gramedia, dilesesn dari Osprey)
*Kebanyakannya dibeli di Toko Buku Gramedia di Bandung
Set Jepun
| From Buku & Bahan |
- trust you (CD) - Yuna Ito [Gundam 00 Edition] (Dibelikan oleh Tn. Amir Husaini)
- I am a Cat - Soseki Natsume (Beli di Kinokuniya)
Sekarang, tiba masanya untuk menikmati semua ini!
Filed under Buku, Hakcipta, Jepun, Malaysia, Novel | Comment (1)Baru Pulang Dari Tanah Jawa
Alhamdulillah, saya sudah selamat pulang dari Tanah Jawa. Secara spesifiknya saya telah berkelana ke Jakarta, Cipanas, & Bandung. Banyak pengalaman baru yang diperolehi sepanjang kelana dengan melihat tempat baru, kehidupan masyarakat dan tentu sekali buku-buku baru.
Paling tidak, sudah 7 buah buku dibeli dalam kelana ini. Tambah pula dengan sekitar 10 buah buku yang dibeli semasa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Saya sambung menulis nanti, sekarang saya perlu mengejar deadline untuk menghantar artikel ke majalah Forward!
Filed under Budaya, Buku, Majalah | Comment (0)

