Satu Lagi Artikel!
| From Drop Box |
Sebuah lagi artikel saya tersiar di dalam Dewan Bahasa tentang topik ‘Bahasa Inggeris di India dan Filipina: Melahirkan Jaguh atau Tenaga Murah?’. Terima kasih kepada Tuan Zamri Mohamad yang membantu mencantikkan artikel ini. Juga penghargaan buat Pn. Ritah Yahya yang mengambil inisiatif menghantar salinan majalah dan surat penghargaan. Barulah rasa menjadi penulis bebas ini betul-betul professional!
Filed under Budaya, Majalah | Comments (4)Terapi Sosial Melalui Cerita
Asperger Syndrome merupakan satu keadaan di mana seseorang mempunyai kemahiran komunikasi non-verbal yang rendah, mempunyai empati yang rendah dan cuai dari segi pergerakan fizikal. Sindrom ini adalah sebahagian daripada cabang autism tetapi tidak mengganggu kemahiran kognitif (logik) penghidapnya.
Mereka menghadapi kesukaran berkomunikasi dengan rakan-rakan sebaya kerana kurangnya kebolehan untuk memahami emosi dan bahasa badan orang lain. Sebagai contoh, mereka mungkin terus melakukan sesuatu perbuatan walaupun pihak lain telah merah padam mukanya menunjukkan perasaan marah.
Di sinilah muncul kecantikan Teori dan Teknik Surah Yusuf. Dalam Teknik Surah Yusuf, pengarang tidak menulis secara terus emosi watak tetapi sebaliknya menulis gerak badan yang menunjukkan emosi atau dinyatakan dalam dialog. Sebagai contoh:
Konvensional: Ahmad meyimbah air kepada Ali. Tetapi Ali tidak berkata apa-apa kerana dia menganggap Ahmad tidak sengaja. Ahmad pula merasa gembira dan menyimbah air lagi kepada Ali tetapi kali ini dia sudah hilang sabar. Dia menyuruh Ahmad berhenti tetapi tidak diendahkannya.
Ahmad menyimbah lagi air kepada Ali dan dia terus dengan keriangannya. Dengan perasaan geram, Ali menghambat Ahmad dan memulas telinganya.
Teknik Surah Yusuf: Ahmad menyimbah air kepada Ali menyebabkan dia basah kuyup. Ali memandang sahaja kepada Ahmad dan tidak berkata apa-apa. Ahmad pula ketawa dan melompat-lompat seperti arnab.
Sekali lagi Ahmad menyimbah air kepada Ali mengundang Ali menghentakkan kaki serta meninggikan suara, “Cukuplah itu Ahmad!”
Ahmad menyimbah lagi air kepada Ali. Wajah Ali merah padam, tangannya dikepalkan. Sambil mula mengejar Ahmad dia menjerit, “Kau sudah buat aku marah! Siaplah kamu aku kerjakan!”
Teknik Surah Yusuf memberi maklumat yang tidak datang secara alami (natural) kepada penghidap Asperger Syndrome iaitu kemahiran untuk mentafsir gerak badan dan emosi. Oleh itu, cerita yang ditulis secara Teknik Surah Yusuf berpotensi menjadi terapi bagi penghidap Asperger Syndrome.
Sesungguhnya Tuhan yang lebih mengetahui.
Filed under Agama, Budaya, Konsep, Penulisan | Comments (2)MASKARA Shorties Dalam Forward
Syukur, tersiar sebuah lagi artikel di majalah Forward. Kali ini tentang MASKARA Shorties yang telah berlangsung pada 1 November lepas. Terima kasih banyak-banyak kepada Saiful Nang, Fazlina Hishamuddin, Tok RImau, dan Sindiket Sol-Jah kerana memberi input dalam pembikinan artikel ini.
Filed under Budaya, Majalah, Malaysia, Penulisan | Comments (3)Anime & Bahasa
Salah satu ciri mazhab penulisan Surah Yusuf adalah menggunakan ‘native language’ sepenuhnya sepanjang cerita. Walaupun Surah Yusuf menceritakan tentang watak-watak yang asalnya berbahasa Hebrew, kesemua dialog diterjemahkan kepada Bahasa Arab.
Setelah menonton begitu banyak anime (usah tanya berapa), ternyata kesemuanya menggunakan Bahasa Jepun sepenuhnya walaupun cerita itu settingnya adalah Britain era Victoria, Jepun feudal, Timur Tengah zaman sekarang atau planet yang jauh di masa hadapan.
Tetapi, contoh yang paling ekstrem adalah siri Code Geass yang merupakan fiksyen sains ‘alternate history’. Dalam dunia Code Geass, Britain menjadi Empayar Britannia dan menjajah Jepun untuk mendapatkan bahan galian fiksi yang digelar sakuradite. Penjajahan tidak terhad kepada penjajahan fizikal malah membuang semua budaya dan identiti Jepun.
Nama negara Jepun juga diharamkan dan dikenali sebagai Area 11 sahaja. Oleh itu, orang-orang Jepun dikenali sebagai Eleven sahaja. Oleh itu, tentunya Nihon-go atau Bahasa Jepun dihapuskan bersama. Tetapi, Code Geass tetap menggunakan Bahasa Jepun sepenuhnya walaupun bagi watak penjajah dari Brittania!
Filed under Animasi, Asia, Budaya, Fiksyen Sains, Jepun, Sejarah | Comment (1)Erti Aidilfitri
Pertama sekali, saya fikir masih belum terlewat untuk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada rakan-rakan penulis dan pembaca blog ini. Harapnya semuanya ceria menyambut Syawal bersama sanak saudara dan sahabat handai. Saya juga memanjangkan kemaafan andai ada kesilapan dalam tingkah laku dan penulisan.
Hari raya ini saya mempelajari beberapa perkara penting tentang sejarah keluarga terutamanya sebelah ibu. Antaranya saya tahu setingkat lagi nama nenek-moyang jalur nenek dan datuk. Asal-usul mereka juga diuraikan lebih mendalam lagi - siapa yang Bugis, Jawa dan Siam.
Menariknya, beberapa corak didapati berulang seperti fenomena ‘dua kelamin’ dan wajah adik-beradik yang pelbagai rencam. Istilah ‘dua kelamin’ bukanlah bermaksud khunsa tetapi apabila dua adik-beradik dari keluarga A berkahwin dengan adik-beradik berkahwin dari keluarga B. Sebagai contoh, si abang keluarga A berkahwin dengan si kakak keluarga B manakala si adik lelaki keluarga A berkahwin dengan si adik perempuan keluarga B.
Variasi Bugis, Jawa dan Siam juga menyebabkan beberapa set adik-beradik mempunyai wajah yang pelbagai rencam - ada yang sawo matang, cerah, tinggi dan rendang. Hal itu turut berlaku kepada adik-beradik ibu saya. Nampaknya mudah sedikit untuk saya menerangkan kepada rakan-rakan tentang pakcik-pakcik dan makcik-makcik saya selepas ini.
Berjauhan dari internet buat seketika juga membuatkan idea bergerak di luar kebiasaan. Laju sahaja idea-idea cerita baru mengalir. Melihat makam Sultan Melaka di Pagoh juga meniup satu semangat untuk memantapkan sekuel-sekuel Sayap Adinila. Sungguhpun makam itu sejuk kaku tetapi legasinya tetap hangat - hanya kita sahaja yang tidak menyedarinya.
Apa pula cerita Aidilfitri anda?
Filed under Budaya, Malaysia | Comments (3)





