Kisah Blog Ini
Semasa menghadiri bengkel teknik Surah Yusuf bersama Sifu PTS kami sempat berbicara tentang Fantasi dan Fiksyen Sains. Meliha begitu banyak idea dan pendapat yang dicurahkan maka Sifu mengamanahkan agar dimulakan sebuah blog khusus untuk membicarakan tentang Fantasi dan Fiksyen Sains. Jadi bermulalah blog Studio Inspirasi ini pada 27 Mei 2007. Kami mendukung perjuangan yang sama - yakni memandaikan bangsa. Bezanya, medium kami adalah karya Fantasi dan Fiksyen Sains. Segmen ini ada peminatnya tersendiri dan kami berusaha untuk menghidangkan yang terbaik!
Ini pula kata Sifu:
“Teropong Sifu nampak 2 orang mentee termuda saya, Sdr Firdaus adalah bakal genius sastera sains-fiksyen Melayu yang sedang menjalani proses grooming di PTS. Mereka berdua saya arahkan membuka Akademi Sai-Fi dalam Bahasa Melayu. Biar budak-budak sewel ini menjadi profesor kepada orang-orang logikal. “
Firdaus
Filed under Uncategorized |5 Responses to “Kisah Blog Ini”
Leave a Reply


Salam.
Saudara, saya berminat untuk bersama saudara. Berhasrat untuk jadi penulis dalam ruang lingkup sains fiksyen. Boleh saudara bantu saya?
Mengharap…
Wassalam
SALAM FA
Saya Silzack… rasanya betul kata2 SIFU tu..inilah masanya Akademi Sai-Fai tu ditubuhkan dan dilaksanakan… tahniah novel Komando tu best… saya masioh merangkak lagi dengan Novel Cyborg pertama saya… masih dalam proses editing dari Karnadya Solutions.
diharap dapat join team Sai fai saudara FA…
P/S : kan best kalau ada Liga penulis-penulis sai Fai.. hehehe
Wassalam Silzack;
Tahniah kerana novel cyborg akan terbit. Kita boleh bekerjasama untuk sai-fai, Insya-Allah. Biar kita tambah lagi jumlah novel sai-fai di pasaran supaya orang sedar kewujudannya!
alhamdulillah…saya rasa ingin menjadi seperti saudara.
salam
saya berminat utk lebih mendalami tentang fiksyen sains, boleh bantu?