Mudah Sangatkah Buat Duit Dengan Menulis?

Beberapa tahun dahulu sebelum saya mengenali PTS, saya sememangnya skeptikal apabila melihat tajuk buku ‘Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas’ tulisan Zamri Mohamad. Saya memang sudah minat menulis pada masa tersebut tetapi tidak mendapat sebarang pulangan kewangan. Tambah pula asyik melihat iklan skim cepat kaya yang memualkan, maka tajuk buku ini semacam begitu cliche dan penuh ‘hype’ semata-mata.
Saudara Zamri sendiri pernah ditanya, “Mudah sangatkah buat duit dengan menulis?”
Jawabnya, “Mudahlah kalau tahu caranya!”
Jawapan kepada soalan itu tiba apabila saya pertama sekali mendapati honorarium hasil penulisan cerpen Komando 2069 yang dikirim ke Dewan Kosmik. Bayangkan, dengan menghabiskan masa beberapa jam sahaja di hadapan komputer saya sudah mendapat RM300. Cerpen dikirim melalui emel sahaja, tidak perlu ke pejabat pos.
Cuba bandingkan dengan kerja lain yang biasa dibuat oleh pelajar universiti, part time cashier misalnya. Upah mereka hanyalah sekitar RM4 sejam dan biasanya mereka bekerja 4 jam sehari. Kadar ini bermakna mereka hanya mendapat RM16 sehari. Oleh itu, pendapatan satu cerpen adalah bersamaan dengan kerja mereka sepanjang 18 hari.
Bayangkan, hasil kerja sehari sama dengan 18 hari! Bukannya kelayakan yang berbeza, sama sahaja setaraf sebagai pelajar universiti. Malah sama sahaja kalau perbandingan ini dibawa kepada pelajar sekolah menengah. Dr. Jeniri Amir juga membuat contoh serupa apabila beliau memberi ceramah tentang penulisan di UiTM Segamat dan itu membuatkan saya tersenyum lebar.
Sesungguhnya saya sangat bersyukur menjadi penulis bebas!
Bagi tuan-tuan yang mahu mengorak langkah sebagai penulis, jemput sertai Bengkel Sehari Penulis Bebas!
Filed under Penulisan |3 Responses to “Mudah Sangatkah Buat Duit Dengan Menulis?”
Leave a Reply




Nak jadi penulis sepenuh masa jugalah…
Vovin - tak jadi punnnn?
Firdaus - akan sampai waktunya nnt … kalau tahu cara, belum tentu lagi …
SF; Sekurang-kurangnya kalau tahu cara kita tidak melakukan kesilapan yang asas. Soal rezeki dan manusia-manusia celaka yang menjadi ranjau itu perkara lain.