Sai-Fai Melayu Berangan Sahaja?
| From Minikon Sai-Fai |
Semasa Minikon & Forum Sai-Fai Malaysia yang berlangsung sewaktu Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur telah datang satu soalan yang dikira agak kurang beradab. Saya katakan kurang beradab kerana seorang hamba Allah telah melemparkan kata-kata bahawa Sai-Fai Melayu tidak ada arah dalam ideologi dan nilainya. Walhal sepanjang forum berlangsung isu nilai dan ideologi itu sering muncul.
Apakah benar Sai-Fai Melayu (yang juga Muslim) tidak ada nilai dan ideologi? Terus-terang saya mengatakan itu satu dakwaan yang tidak adil sama sekali.
1. Sai-Fai Barat mempunyai kecenderungan untuk membuang Tuhan dan percaya kepada kuasa manusia melalui sains semata-mata. Ini persoalan nilai akidah yang paling penting disangkal oleh Sai-Fai Melayu. Sai-Fai Melayu senantiasa meletakkan bahawa walau seampuh mana sains & teknologi yang dikuasai manusia, hanya izin Tuhan yang membenarkannya berlaku. Aspek kesyukuran terhadap penguasaan sains & teknologi juga diterapkan dalam Sai-Fai Melayu.
2. Sai-Fai Melayu juga memupuk sifat yakin diri bahawa kita mampu menguasai sains & teknologi. Tulisan-tulisan itu adakalanya menjadi self-fulfilling prophecy. Contoh terbaik adalah telahan Dr. Rahmat Haroun Hashim bahawa seorang doktor akan menjadi angkasawan pertama Malaysia.
3. Selain daripada sifat percaya diri, Sai-Fai Melayu juga memberi panduan tentang apa yang perlu dilakukan dengan sains & teknologi. Sebagai contoh, Galaksi Muhsinin karya Azrul Jaini menunjukkan bahawa penguasaan teknologi force field shield haruslah digunakan untuk melindungi rakyat dan sekutu dalam misi rahmatan-lil-alamin.
4. Persoalan etika juga dibawa dalam Sai-Fai Melayu, terutamanya tentang soal eksperimen. Misalnya Transgenesis karya Amir Husaini membahaskan tentang etika menggabungkan genetik manusia dengan haiwan. Lebih menarik, subjek yang dihasilkan itu tidak mengakui itu tidak mengakui bahawa dia adalah ciptaan manusia tetapi tetaplah hamba Allah jua.
5. Isu halal-haram juga dibahaskan dalam Sai-Fai Melayu seperti isu daging sintetik yang diselitkan dalam Manuklon karya Dr. Rahmat Haroun Hashim. Adakah halal daging lembu sintetik yang digabungkan dengan gen babi untuk meningkatkan hasilnya? Daging sintetik adalah kajian yang sedang berlangsung sekarang dan mungkin memasuki pasaran 5-10 tahun lagi.
6. Nilai-nilai kekeluargaan juga diangkat melalui Sai-Fai Melayu seperti cerpen Virus Zel Untuk Abah karya Mawar Shafei. Cerpen ini menunjukkan bahawa seseorang itu tidak harus berdendam walau sengketa telah menyebabkan ahli keluarga tidak sehaluan lagi.
Nah, inilah bukti-bukti bahawa Sai-fai Melayu bukanlah sedangkal yang disangka. Ini baru sebahagian sahaja, banyak lagi perkara yang dikupas dalam Sai-Fai Melayu yang sebenarnya sangat relevan dengan perjuangan agama dan bangsa.
Filed under Agama, Cerpen, Fantasi, Fiksyen Sains, Malaysia, Novel, Penulisan, Politik |10 Responses to “Sai-Fai Melayu Berangan Sahaja?”
Leave a Reply




salam, boleh saya colek teks ni dan masukkan dalam blog saya?
Silakan mencolek teks ini!
orang yg x faham Sai Fai, mmg laa.. tp basicly semua buku fiksyen adalah hasil angan2 kan? even based on true story pun dorg kena angan2kan camne supaya flow cerita tu bergerak..kan? Jadik, mmg laa jadik penulis ni kena superb imaginasinya. sbb nak menarik org membaca. Kalo x suka karya angan2, just stick to ensaiklopedia jer laa.. hahahahaha - just another opinion of mine-
Sebenarnya ketika itu ingin bangun dan membidas, tetapi malangnya pengerusi telah menghadkan kepada satu soalan sahaja.
Mona; Terima kasih kerana berkongsi pendapat
Xara; Lebih bagus kalau saudari dapat berkongsi pendapat juga waktu itu.
Waa… cukup tak beradab tu!!!.. Ingatlah tanpa angan-angan, tidak akan ada cerita. Namun, kata-kata orang macam ni adalah mereka yang tidak pernah faham dan tidak akan faham apa itu Sai Fai… biarkanlah… masing-masing ada citarasa… pedulikan apa orang cakap… kita sebagai orang-orang Sai Fai… akan buat apa saja yang kita rasa dan pk itu adalah betul dan sesuai…
“Ingatlah… tidak akan ada Sai Fai tanpa angan-angan dan cerita.”
Barangkali penyoal hanya meletakkan jasad di dalam dewan dengan fikiran menerawang entah ke mana. Dia hanya tersedar apabila moderator memberi peluang untuk bertanya soalan.
Sayangnya peluang keemasan itu sangat disia-siakan.
Apa pun,teruskan usaha menyediakan alternatif kepada penggemar sai fai barat dengan ideologi dan nilai-nilai Islam. (Merujuk ke diri sendiri juga..huhu)
p/s: Novel-novel sai fai pts yang terkini semakin cantik covernya sehingga tersiksa untuk memilih SATU buku pada setiap kali kunjungan ke kedai kerana had pada bajet.
Sdr Firdaus
menarik sekali VZUA diterima sebagai cereka sains… terima kasih.
Saya tidak setuju, walaupun karya sai-fai kita di dalam Bahasa Melayu namun untuk menghasilkannya tetap perlu ilmu di sebaliknya. Bukan angan-angan kosong semata. angan-angan mungkin perlu untuk menggerakkan penceritaan.Ia satu karya yang sangat sukar untuk disiapkan.
Kita kena berfikiran terbuka dengan pendapat orang lain. Saya rasa orang yang menyatakan pendapatnya tu ada alasannya yang tersendiri dan mungkin tak berniat hendak berlaku biadap. Lagipun kita kena didik diri kita menerima kritikan.