Barisan Sai-Fai Malaysia
| From Minikon Sai-Fai |
Tanpa disangka-sangka saya terpaksa naik pentas menjadi panelis Mini Forum dan Konvensyen Sai-Fai apabila Presiden PeKOMIK tiba-tiba tidak dapat hadir. Saya memang sudah dijadualkan naik pentas di PWTC pada hari Ahad untuk program Kata Suara kelolaan Raja Ahmad. Sudahnya semasa berborak-borak dengan Abang Pat (Ahmad Patria Abdullah) Mat Jan menelefon dan meminta saya menjadi panelis.
Barisan moderator & panelis memang menampakkan kepelbagaian - Fadli al-Akiti (DBP/Alaf), Ahmad Patria Abdulllah (DBP), Nisah Haron (Ameen/DBP), Nizam Zakaria (Astro) dan saya sendiri penulis yang bernaung dengan PTS. Generasi juga berbeza - Nisah Haron membaca karya Ahmad Patria Abdullah semasa belajar sedang saya pula membaca karya Nisah Haron semasa di sekolah.
Pagi ini saya masih penat, jadi saya akan sambung cerita forum ini kemudian. Hendak bersiap ke PDDP (Pusat Dagangan Dunia Putra) pula!
Nota: Gambar oleh Zamri Mohamad
Filed under Fantasi, Fiksyen Sains, Malaysia, Program |2 Responses to “Barisan Sai-Fai Malaysia”
Leave a Reply




Tahniah buat saudara Firdaus. Saudara sudah setanding pakar kita di Malaysia hendaknya. Doakan saya.
oh..dah ada 2 buah karya rupanya ^_^