Armada Azur Berlabuh
Hari ini memang banyak khabar gembira yang datang. Pertama sekali, SMS dari Vovin mengatakan Armada Azur sudah masuk stor PTS. Habis sahaja kelas terus memecut ke Batu Caves untuk mengambil 10 naskah penulis.
Novel kali ini comel sedikit fizikalnya berbanding Sayap Adinila tetapi tetap padat dengan aksi. Novel ini juga memuatkan cerita pendek yang menghubungkan Sayap Adinila dengan Armada Azur. Ceita di sebalik tabir pembikinan novel ini juga turut disertakan.
| From Drop Box |
| From Drop Box |
Stail baru gambar penulis
Berita gembira kedua adalah apabila pihak JAKIM Sarawak sudah mengesahkan tiket saya ke Kuching. Lusa saya akan terbang ke sana untuk berceramah tentang penulisan pada hari Sabtu. Pihak penganjur mengatakan bahawa peserta adalah seramai 70 yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah dan IPT.
Saya juga gembira hari ini kerana dapat belajar sesuatu yang baru dari Prof. Malik Badri tentang psikologi Islamik. Beliau juga memberi sokongan untuk terus bergiat dalam penulisan Islami dan melihatnya sebagai satu bentuk jihad.
Fuh, hari sebegini memang menaikkan semangat untuk menulis!
Filed under Fantasi, Fiksyen Sains, Majalah, Novel |13 Responses to “Armada Azur Berlabuh”
Leave a Reply





Apabila sudah mempunyai buku, pintu rezeki berceramah pun mula terbuka di sana sini. Hmmm… betul pesan Sifu!
Ya, terima kasih banyak-banyak kepada Sifu yang menunjukkan jalan untuk saya bergiat aktif dalam bidang penulisan.
Jutaan terima kasih pun tidak cukup!
Sebenarnya sayapun berniat ingin menjadi penulis tapi masih samar. Ada sesiapa boleh tunjuk jalan sifu pts juga tolonglah saya. Dah ada 3 4 orang jugala suruh saya cubala menulis. Orang yang menyuruh tupun penulis juga di Pahang Amaruszati Noor Rahim antaranya, dia buat kek sekarang ni.
Apa lagi kenduri sate la
Amran; Berminat hendak menulis tentang apa?
Zamri; Lepas final exam nantilah kenduri. Sambut Pesta Buku sekali. Hehe
Tahniah!
Jumpa di Kuching kelak =)
Haa. Tahniah!
Alang2 datang Sarawak ni, singgah la Miri sekali
salam firdaus,
kalau sudah mula menulis, memang tidak ada apa yang boleh menghalang. Teruskan menulis, tentu banyak idea lagi selepas ini.
Tahniah.
Teringin nak ada orang buat banner macam tu juga untuk diri sendiri.
Tahniah. Salah seorang pejuang karya sains fiksyen yang semakin berjaya. Teringin menjadi seperti saudara.
Teruskan usaha memartabatkan karya sains fiksyen Malaysia.
Tahniah! I’ll be on the lookout for these books.
Terima Kasih kepada semua.
Crimsonskye; Armada Azur belum masuk kedai lagi tetapi Sayap Adinila selalunya ada di MPH dan Popular. Kalau mahu kedua-duanya siap dengan autograf, turunlah ke Pesta Buku nanti!
Salam singgah…
Aku ade promot novel nih sambil2 kat website…sila la jenguk2 yea…tapi xleh nak review lagi la sbb belom baca…:D >>> http://zackollections.blogspot.com/2009/04/dapatkan-di-pasaran.html