Seputar Kemaskini

Pertama sekali, terima kasih kepada Puan Kusyi Hirdan yang mengusahakan liputan dalam majalah i-Remaja bulan ini. Sesungguhnya sessi bergambar di Setiawangsa itu adalah satu pengalaman berharga. Susah juga buat photoshoot rupanya!

Minggu ini saya akan melakukan proses proof-reading bagi novel kedua Saga Empayar Kristal iaitu Armada Azur. Kisah kali ini menyaksikan babak-babak aksi di laut dan penglibatan geo-politik yang lebih luas. Beberapa persoalan daripada Sayap Adinila juga akan terjawab.
Sementara itu, Fadli al-Akiti pula telah menulis satu resensi yang cukup mendalam bagi Sayap Adinila. Pertama kali membacanya saya sendiri rasa terharu kerana dia betul-betul memahami apa yang cuba saya sampaikan melalui novel ini. Resensi itu boleh dibaca di sini atau di sini.
Saya juga telah menambah halaman baru di blog ini yang menyeneraikan penglibatan saya di dalam bidang penulisan. Maklumat lanjut boleh dibaca di sini. Gambar baru juga berganti baru di halaman profil . Terima kasih kepada Tuan Hisham Salmin yang menjadi jurufoto dan Puan Kusyi yang meminjamkan saya cermin mata untuk digayakan.
Filed under Fiksyen Sains, Majalah | Comment (0)Satu Lagi Artikel!
| From Drop Box |
Sebuah lagi artikel saya tersiar di dalam Dewan Bahasa tentang topik ‘Bahasa Inggeris di India dan Filipina: Melahirkan Jaguh atau Tenaga Murah?’. Terima kasih kepada Tuan Zamri Mohamad yang membantu mencantikkan artikel ini. Juga penghargaan buat Pn. Ritah Yahya yang mengambil inisiatif menghantar salinan majalah dan surat penghargaan. Barulah rasa menjadi penulis bebas ini betul-betul professional!
Filed under Budaya, Majalah | Comments (4)Tahniah!
| From Wedding Iwan |
Selamat pengantin baru buat Izwan & Fara! Semoga berbahagia hingga akhir hayat~!
Filed under Uncategorized | Comment (0)


