Ramalan Orson Scott Card Tentang Blogger

January 27th, 2009

Ender's Game CoverOrson Scott Card adalah novelis sai-fai yang tersohor. Karya sulungnya Ender’s Game memenangi Hugo Award & Nebula Award. Dalam novel tersebut Orson Scott Card membayangkan bagaimana dua adik-beradik Peter & Valentine menggunakan gelaran ‘Locke’ & ‘Demosthenes’ menyertai forum Internet. Dikurniakan akal genius, mereka membuat analisis politik dan mula ‘meracun’ masyarakat global dengan doktrin politik mereka. Semua ini dilakukan tanpa mendedahkan identiti sebenar mereka.

Baru-baru ini IHT melaporkan bahawa seorang blogger yang menggunakan nama ‘Minerva’ telah ditahan oleh pihak berkuasa Korea Selatan. Kesalahannya? Membuat analisis dan ramalan tentang ekonomi. Minerva telah berjaya meramalkan kejatuhan Lehman Brothers dan arahan kerajaan Korea Selatan kepada syarikat-syarikat supaya berhenti membeli US Dollar. 

Kes ini sangat menarik kerana ada beberapa persamaan. Pertama, nama Minerva & Demosthenes adalah berasal dari peradaban Greek. Kedua, dunia Ender’s Game dan Korea Selatan mencatatkan peratusan penggunaan internet yang tinggi. Akhir sekali Locke, Demosthenes & Minerva tidak pernah ke universiti. Analisis mereka bergantung kepada pembelajaran dan pemerhatian mereka sendiri semata-mata!

Nota: Ender’s Game diterbitkan pada tahun 1985 sebelum penggunaan internet menjadi meluas dan istilah blog digunakan.


2 Responses to “Ramalan Orson Scott Card Tentang Blogger”

  1. xara on February 1, 2009 11:46 pm

    Mari kita banyakkan lagi novel sci-fic berkenaan IT. Hidup dunia IT! Hehehe

  2. zulkhair on February 12, 2009 5:57 pm

    Analisis menarik, tahniah! Benar, dalam zaman sekarang tak payah pergi universiti pun boleh jadi tokoh dunia.

Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply

Name (required)

Email (required)

Website

Speak your mind