Perkembangan Terkini
Alhamduillah, manuskrip novel kedua dalam Saga Empayar Kristal sudah siap dan sudah dihantar kepada Editor. Jika tiada aral melintang, Armada Azur akan menemui anda semua di Pesta Buku Antarabangsa bulan April nanti.
Sekarang, saya rehatkan sebentar siri Saga Empayar Kristal dan merekabentuk novel baru yang lebih hampir dengan pengajian saya. Semester ini memang penuh dengan ilmu-ilmu tentang keselamatan siber jadi saya bawa konsep-konsepnya kepada novel baru ini.
Tambahan pula, saya berpeluang menyertai satu sesi latihan keselamatan siber dengan CyberSecurity Malaysia pada minggu lepas. Tamat sahaja latihan, idea datang mencurah-curah untuk novel baru. Terima kasih kepada Pn. Sarah yang mengusahakan saya dan rakan saya untuk masuk ke sessi tersebut dan duduk sebaris dengan professional IT dari pelbagai agensi kerajaan.
| From Bengkel Penulisan 11 Jan 2009 |
Dalam masa yang sama pula, saya sudah dua kali membantu Zamri Mohamad mengadakan bengkel penulisan artikel untuk majalah. Sambutan yang diberi oleh para peserta sangat menggalakkan dan saya sendiri banyak belajar perkara baru dengan mereka. Terima kasih kepada Syarafuddin, Robot, dan Haeqal yang turun memberikan sokongan.
| From Bengkel Penulisan 11 Jan 2009 |
5 Responses to “Perkembangan Terkini”
Leave a Reply




Tahniah!Semoga terus istiqomah:)
Assalamualaikum
Teman saya yang seorang ini tidak mahu mengalah. Teruskan usahamu itu. Usah berpaling lagi.
Hehehe. Tahniah buatmu.
Wassalam
Anuar & Typeace; Terima Kasih!
sebenarnya… apa kena mengena abang robot dalam hal penulisan ni? atau, kita bercakap pasal robot yang lain?
robot skarang da partner dgn zamri.. dgr citer dia nak tulis ebook..
macam2 la teknologi2 saifai kalo ko nak kena kejar..
ape2 pun all d best for your new book eh!