Trivia Di. Ar. Ti.
January 9th, 2009

1. Tajuk asal novel ‘Manuklon’ adalah ‘Bumi Manuklon’. Ini dinyatakan sebagai novel akan datang Dr. Rahmat Haroun pada kulit belakang buku.
2. Dr. Rahmat Haroun menjangkakan bahawa salah satu calon akhir angkasawan negara adalah seorang doktor yang berkhidmat dalam angkatan tentera. Pencalonan Mejar Dr. Faiz Khalid dan Dr. Sheikh Muzaphar membuktikan telahan beliau tepat.
Filed under Fiksyen Sains, Malaysia, Novel, Tokoh |6 Responses to “Trivia Di. Ar. Ti.”
Leave a Reply




ada soalan kuiz pada akhir novel tu, tapi kalau hantar jawapan, boleh dapat novel lagi satu ke? hehe…:D
entri lepas ni, trivia manuklon?
Satu lagi bukti bahawa “realiti objektif juga meniru realiti buku” dan bahawa karya fiksyen bukan “angan-angan”.
Sarah;
Lama tak dengar cerita.
Rasanya Dr. Rahmat Haroun sudah tidak duduk alamat yang tertera dalam buku. Jadi, bagaimana hendak jawab kuiz.
Manuklon? Belum habis korek ceritanya lagi.
Uthaya Sankar;
Terima kasih kerana datang berkunjung. Fiksyen sememangnya penuh ’substance’, cuma stigmanya yang membuatkannya dipandang rendah.
Saya ingin mendapatkan novel Di Ar Ti tersebut. Boleh tak sdr membantu?
Sheffield, UK.
Azman; Kalau saya berkunjung ke DBP lagi nanti saya akan belikan. Murah sahaja, saya pasti harga pos nanti yang lebih mahal.
[...] teknologi. Tulisan-tulisan itu adakalanya menjadi self-fulfilling prophecy. Contoh terbaik adalah telahan Dr. Rahmat Haroun Hashim bahawa seorang doktor akan menjadi angkasawan pertama [...]