Laporan Jualan
Alhamdulillah, penjualan buku di Masjid Muadz bin Jabal, Setiawangsa semalam berjalan lancar. Agak banyak juga buku yang terjual dan beberapa judul sold-out juga. Trend pengunjung semalam kebanyakannya adalah orang dewasa 40-an ke atas dan kanak-kanak usia persekolahan. Pengunjung yang berumur 20-30 tahun agak kurang.
Novel sejarah Islam karya Pak Latip menjadi juara apabila Khalid dan Ikramah licin dijual. Hairannya, pembeli pada awalnya tidak nampak sangat apa tajuknya. Tetapi apabila diberitahu apa tajuknya, mereka terus berminat untuk membeli. Mungkin buku-buku Pak Latip ada aura tersendiri.
Buku kanak-kanak yang laku pula adalah Garaj Aiman dan Si Manis Amni: Tabib Kacak. Di sini nampak peranan cover yang ceria untuk menarik perhatian pembeli kanak-kanak. Cover-cover yang gelap jarang disentuh oleh pengunjung.
Sekian sahaja laporan ringkas, hari ini hari pertama semester baru!
Filed under Bisnes, Buku |4 Responses to “Laporan Jualan”
Leave a Reply




Alhamdulillah jualan buku berjalan lancar sehingga novel sejarah Islam Khalid dan Ikramah habis licin.
Auranya terletak pada nama pahlawan-pahlawan Islam itu
Laporan pemerhatian yang bagus tentang tingkah laku pembeli buku.
Disebabkan majoriti adalah braket usia 40+, lain kali bawa lebih banyak buku yang membantu mereka ‘naik pangkat’ dan ‘naik gaji’.
Alhamdulilah,
Semoga usaha Tuan Firdaus akan terus menerus menghasilkan kebaikan yang hakiki. Amin
Shamsuddin Kadir
wah.. da lama tak bukak blog ko. ade macam2 aktiviti. kat masjid setiawangsa plak tu. aku rasa maybe bdak2 KL usia 20-30 tak rajin kot.. ramai luar KL.. lgpun kalo students, time ni tgh cuti lg.. who knows..