Terapi Sosial Melalui Cerita
Asperger Syndrome merupakan satu keadaan di mana seseorang mempunyai kemahiran komunikasi non-verbal yang rendah, mempunyai empati yang rendah dan cuai dari segi pergerakan fizikal. Sindrom ini adalah sebahagian daripada cabang autism tetapi tidak mengganggu kemahiran kognitif (logik) penghidapnya.
Mereka menghadapi kesukaran berkomunikasi dengan rakan-rakan sebaya kerana kurangnya kebolehan untuk memahami emosi dan bahasa badan orang lain. Sebagai contoh, mereka mungkin terus melakukan sesuatu perbuatan walaupun pihak lain telah merah padam mukanya menunjukkan perasaan marah.
Di sinilah muncul kecantikan Teori dan Teknik Surah Yusuf. Dalam Teknik Surah Yusuf, pengarang tidak menulis secara terus emosi watak tetapi sebaliknya menulis gerak badan yang menunjukkan emosi atau dinyatakan dalam dialog. Sebagai contoh:
Konvensional: Ahmad meyimbah air kepada Ali. Tetapi Ali tidak berkata apa-apa kerana dia menganggap Ahmad tidak sengaja. Ahmad pula merasa gembira dan menyimbah air lagi kepada Ali tetapi kali ini dia sudah hilang sabar. Dia menyuruh Ahmad berhenti tetapi tidak diendahkannya.
Ahmad menyimbah lagi air kepada Ali dan dia terus dengan keriangannya. Dengan perasaan geram, Ali menghambat Ahmad dan memulas telinganya.
Teknik Surah Yusuf: Ahmad menyimbah air kepada Ali menyebabkan dia basah kuyup. Ali memandang sahaja kepada Ahmad dan tidak berkata apa-apa. Ahmad pula ketawa dan melompat-lompat seperti arnab.
Sekali lagi Ahmad menyimbah air kepada Ali mengundang Ali menghentakkan kaki serta meninggikan suara, “Cukuplah itu Ahmad!”
Ahmad menyimbah lagi air kepada Ali. Wajah Ali merah padam, tangannya dikepalkan. Sambil mula mengejar Ahmad dia menjerit, “Kau sudah buat aku marah! Siaplah kamu aku kerjakan!”
Teknik Surah Yusuf memberi maklumat yang tidak datang secara alami (natural) kepada penghidap Asperger Syndrome iaitu kemahiran untuk mentafsir gerak badan dan emosi. Oleh itu, cerita yang ditulis secara Teknik Surah Yusuf berpotensi menjadi terapi bagi penghidap Asperger Syndrome.
Sesungguhnya Tuhan yang lebih mengetahui.
Filed under Agama, Budaya, Konsep, Penulisan |2 Responses to “Terapi Sosial Melalui Cerita”
Leave a Reply





Saya masih ingat dalam versi asal Teknik Surah Yusuf, ada dikisahkan mengenai Waiting for Godot dan kaitannya dengan Teknik Surah Yusuf:
Maklumat tentang setting alam. Dalam surah Yusuf tidak terdapat sebarang ayat yang memberikan kepada kitaa gambaran tentang keadaan alam di mana peristiwa-peristiwa berlaku.
Sebagai contoh, dalam peristiwa Nabi Yusuf dibawa oleh abang-abangnya pergi ke tengah-tengah padang pasir, tidak ada ayat yang menerangkan keadaan alam di sekitar kawasan padang pasir itu. Justeru, apabila babak ini dipentaskan, pentas adalah “kosong” tidak perlu diadakan lukisan backdrop padang pasir di belakang pentas, sebagaimana pentas pada “Waiting for Godot”
“Implikasinya, dalam drama “Yusuf” para pelakon bukan hanya berselimut, malah mereka boleh sahaja tampil dengan memakai maska (topeng). Kalau mahu maska itu boleh sahaja menggunakan teknik catan pada muka pelakon seperti maska Geisha, ataupun maska yang dipakai seperti maska Venice.”
Saya rasa berdasarkan keterangan saudara Firdaus, teknik Surah Yusuf pada masa kini tentu ada beberapa perubahan yang telah dilakukan.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Saya membaca catatan ini dengan penuh minat. Terima kasih, tuan. Saya akan cuba menggunakan Teknik Surah Yusuf dalam penulisan saya.
Wassalam.