Entri MASKARA: Grip Phone

November 4th, 2008

Grip Phone arahan Tok Rimau ini adalah filem pendek pertama yang saya ketahui penyertaannya untuk MASKARA. Dengan kredibiliti Tok Rimau sebagai salah seorang penerima anugerah BMW Shorties, saya tentunya mengharapkan kualiti yang tinggi. 

(Tok Rimau kata saya terlalu pemurah pujian dalam entri sebelum ini - tiba masa kritik pula! ;) )

Dari segi audio dan visual, Grip Phone sudah mantap - semuanya jelas dan enak ditonton. Tidaklah terkenyit mata dan tergaru telinga hendak menonton.

Tok Rimau dan Pelajarnya - Rasanya ada terselit pelakon Grip Phone dalam gambar ini

Pergerakan cerita juga agak lancar tetapi kesudahannya kurang kemas dan tidak begitu kena kerana temanya lari terlalu jauh daripada tema yang satu lagi. Boleh dikatakan cerita yang kemas itu terungkai dek penamatnya. Mossad dan pencuri biasa terlalu jauh tarafnya untuk diceritakan sekaligus.

Apapun, Grip Phone mengkritik dengan pedas sekali golongan yang datang ke masjid/surau semata-mata untuk mencuri. Juga terselit unsur satira politiknya yang saya rasa lebih baik anda tonton dan kaitkan dengan kes semasa.


5 Responses to “Entri MASKARA: Grip Phone”

  1. Harris maulana on November 4, 2008 11:32 am

    Saya separuh setuju dengan pujian anda terhadap Grip Phone. Ini pendapat saya: http://harrismaulana.blogspot.com/

  2. Tok Rimau on November 4, 2008 11:38 am

    Itu gambar bekas pelajar2 Tok Rimau. Tiada pelakon Grip Phone. Mereka sayang lecturer mereka. ahak.

    Alernative Review utk grip phone juga ada di: http://harrismaulana.blogspot.com/

  3. myadlan on November 7, 2008 12:13 am

    kat mane bleh tgk citer ni? ada youtube ke?

  4. aTiQah on November 8, 2008 12:08 am

    Ye lah. Tiada crew Grip Phone di situ. ;)

  5. azie on November 9, 2008 10:53 am

    tiada pun krew grip phone kat situ.

    hak penyiaran eksklusif,kih kih kih

Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply

Name (required)

Email (required)

Website

Speak your mind