Festival Filem Pendek MASKARA

November 3rd, 2008

Pada 1 November 2008, Rumah PENA digegarkan lagi dengan gerombolan peminat seni. Kali ini pengunjung yang hadir melimpah-ruah dan tayangan dibuat di luar rumah. Sekitar 20 filem pendek telah ditayangkan tanpa sebarang penerangan daripada para pengarah - penonton perlu buat interpertasi sendiri.

Filem pendek yang ditayangkan pelbagai ragam dan pelbagai genre - aksi, drama, komedi, parodi, surreal dan fiksyen sains. Ada yang seni untuk seni, seni untuk masyarakat dan seni untuk diri sendiri. 

Bagi saya sendiri, filem-filem pendek yang menarik perhatian adalah yang membawa komentar sosial sebagai mesejnya. Antaranya adalah Surat Seorang Ibu karya Saiful Nang, Grip Phone karya Tok Rimau, Lost Communication, Sebuah Karangan Bertajuk Kuala Lumpur, dan Melayu 106 oleh Mamat Khalid.

Jika ada undian untuk filem terbaik MASKARA Shorties, tentu sekali saya akan mengundi Surat Seorang Ibu kerana sinerginya antara seni dan mesej. Ceritanya ringkas, mesejnya relevan dan ditambah pula dengan sinematografi yang hebat. Mamat Khalid sendiri bertanya, “Siapa yang buat cerita Yasmin Ahmad tu?” semasa menunggu semua pengarah berkumpul di dalam Rumah PENA.

Apabila diperhatikan filem-filem pendek itu, ternyata cerita yang kuat mempunyai persamaan dengan ciri-ciri cerpen. Jumlah watak antara 1-3, hanya 1-2 latar tempat dan 1 tema. Ringkas dan padat.

Album foto MASKARA Shorties boleh dilihat di sini.


9 Responses to “Festival Filem Pendek MASKARA”

  1. kawan yang kita suka on November 3, 2008 10:58 am

    Mamat Khalid sendiri bertanya, “Siapa yang buat cerita Yasmin Ahmad tu?”

    itu bukan pujian, tapi sebaliknya bersifat mockery rasa saya.

    Surat Seorang Ibu sangat klise bagi saya, dan semestinya tidak original.

    orang-orang yang lemah semangat dan bersifat ‘terlebih’ sentimental saja yang akan jatuh pada ‘iklan’ ini.

  2. fazleena on November 3, 2008 1:06 pm

    thanks kerana meng’include kan sekali Lost Communication. :)

  3. Tok Rimau on November 3, 2008 1:22 pm

    Anda tegolong dalam golongan manusia hot, kool dan hip sebab anda membuat keputusan yg betul utk berada di Maskara Shorties malam itu.

    Filem Grip Phone tu tidak layak puji-pujian anda. Anda terlalu generous.

  4. hegira on November 3, 2008 3:07 pm

    terimakasih kerana menjadikan sebuah karangan bertajuk kuala lumpur suatu yang menarik perhatian. :)

  5. SN on November 3, 2008 6:16 pm

    Thanks for your personal preference. Saya bukan professional dalam bidang tu. Dalam pada semua menghantar quotation ratusan ribu RM ke rumah pengasih kajang, saya angkat tangan untuk offer apa yang saya mampu secara percuma. Tapi saya bukan bikin filem, saya photographer sahaja. Memang tak layak pun, mamat khalid pun mmg patut lah mengejek filem tu.

  6. Zamri Mohamad on November 3, 2008 8:55 pm

    Aduhai, filem ini tafsirannya berbeza. Ada yang suka berbentuk artistik, maka itulah keseronokannya. Ada yang sukakan simplicity, maka itulah kegembiraanya. Ada yang sukakan jalinan kedua-dunaya, maka itulah penerimaannya.

    Nota: Biasanya orang yang mengkritik ini orang yang tidak pernah buat filem pendek, apatah lagi menayangkan pada umum. Siapa sahaja pada malam itu, bangga dengan hasil yang terbaik dihasilkan!

    ZAMRI MOHAMAD
    http://www.motivasimindamu.blogspot.com

  7. ben on November 3, 2008 9:38 pm

    Firdaus Ariff,
    terimakasih atas foto kamu yang ada saya.
    saya titipkan sedikit reviu kamu di blog saya.

    terima kasih kerna hadir.

    :)ben
    http://bennylitanasuty.wordpress.com

  8. tindakbalas dari mereka di luar sana « { Si Punggok dan Rumah Pokok Magikalnya } on November 3, 2008 9:43 pm

    [...] FIRDAUS ARIFF Festival Filem Pendek MASKARA “filem pendek telah ditayangkan tanpa sebarang penerangan daripada para pengarah - penonton [...]

  9. Zul on November 6, 2008 3:43 pm

    Saya amat gembira berada di Maskara tempohari.Sol-jah kena buat short ni acara tahunan. :)

Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply

Name (required)

Email (required)

Website

Speak your mind