Cerpen Terbaru di Dewan Kosmik

October 8th, 2008

  Alhamdulillah, setelah hampir setahun cerpen saya tersiar sekali lagi di Dewan Kosmik. Cerpen ini adalah yang paling cepat ditulis iaitu dalam masa sejam lebih sahaja tetapi mengambil masa paling lama untuk diterbitkan iaitu enam bulan. Kata editor pada masa itu telah bersusun cerpen-cerpen lain maka saya tunggu sahajalah. Biasalah penulis perlu tunggu giliran. :)

Kali ini, tajuknya adalah ‘Putaran Masa’ - sebuah cerpen fiksyen sains tentang merentas masa dan privasi data beserta kritik sosial.

Krang! Berderai bunyi kaca akibat dihentam tubuh Proto. Tetapi dia tidak terkesan sedikit pun sebaliknya berpusing untuk menyambut ketuanya. Senjata pula sudah disimpan di dalam jaket.

 

Keluar sahaja dari portal masa, Johan terus bertanya. “Kita di mana?”

“Plaza Pantai, tahun 2008. Sasaran kita sudah berlari ke arah stesen LRT.”

Johan sekadar angguk sedikit lalu kembali menjejak buruan mereka. Proto membiarkan ketuanya bergerak terlebih dahulu, dia mengambil masa satu minit untuk mengemaskini peta dalam paparan implan retinanya.

Untuk baca lebih lanjut, sila dapatkan Dewan Kosmik keluaran Oktober!

Update: DBP begitu pantas menghantar cek royalti, baru sahaja dapat! (9/10)


4 Responses to “Cerpen Terbaru di Dewan Kosmik”

  1. Anuar Manshor on October 8, 2008 8:37 am

    Saudara, cerpen itu lewat diterbitkan kerana kami mahu “keluar” daripada kisah ‘angkasa lepas’. Diharapkan saudara memahaminya. Maaf.

  2. Firdaus on October 8, 2008 9:00 am

    Saya sebenarnya telah maklum perlu menunggu giliran, lupa pula untuk diterangkan dalam entri. Jadi saya telah edit entri ini. Terima kasih sekali lagi kerana menerbitkan cerpen saya.

  3. Azree Hanifiah on October 9, 2008 9:22 pm

    Haiyo. Editor sudah marah… Hehe.

  4. Waris Jagat on October 13, 2008 6:13 am

    Salam,
    Saya sudah beli dan baca!

Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply

Name (required)

Email (required)

Website

Speak your mind