Dari R&D ke SF
Siri game Command & Conquer Red Alert memang terkenal dengan rekaan unit yang gila-gila seperti infantri psikik, sotong gergasi dan kereta kebal cahaya. Sekali imbas, rekaan itu nampak seperti fantasi semata-mata tetapi ada beberapa rekaan yang sebenarnya diasaskan daripada R&D ketenteraan sedia ada.
Sebagai contoh, Naginata Cruiser yang dikendalikan Empire of the Rising Sun dalam Red Alert 3:
Rekabentuknya memang tampak futuristik tetapi sebenarnya mempunyai banyak persamaan dengan prototaip RV Triton dalam program Future Surface Combatant oleh UK Navy dan Littoral Combat Ship oleh US Navy. Program ini telah berjalan sejak tahun 2000 lagi.
Konsep trimaran dalam kedua-dua program ini memang bagus untuk negara pesisir seperti Malaysia kerana memberi kebolehan untuk mengendalikan kapal yang besar di perairan yang cetek. Bila Malaysia hendak bangunkan kapal sebegini ya?
Filed under Fiksyen Sains, UK, US |4 Responses to “Dari R&D ke SF”
Leave a Reply






Ah… lama sungguh tak main C&C. Dulu hantu Warcraft, C&C dan Starcraft juga!
wah.. sebijik je design dia..
best jugak kalo jadi designer kapal ni.. kt malaysia ada satu company design kapal kt terengganu..
Kak Nisah; Jom kita berperang di alam maya! Red Alert versi original kini boleh download secara percuma di laman web rasmi C&C Red Alert.
Adlan; Kau boleh tak tolong lukiskan kapal untuk novel baru aku?
Alahai, sekarang ni tak dapat nak berlama-lama di hadapan komputer macam dulu.
Kalau dulu, bolehlah main perang-perang berjam-jam depan PC. Sekarang ni terlalu banyak komitmen lain yang menunggu. Kalau hendak melepaskan rindu pun, mainlah satu mission, itu pun tak habis, save, lepas tu lain kali kalau teringat main lagi.