Transformers: Iklan General Motors & US Air Force
Secara mudahnya, begitulah rumusan tentang elemen propaganda dalam filem Transformers. Sepanjang filem itu memang dipenuhi dengan iklan (baca: propaganda) General Motors dan US Air Force. Kenapa saya katakan begitu? Mari kita kaji beberapa elemen dalam filem ini.
Pertama, hampir semua watak Autobots bertukar menjadi kenderaan keluaran General Motors kecuali Optimus Prime yang menjadi lori keluaran Peterbilt. Jenama Chevrolet, GMC, Hummer, dan Pontiac yang mewarnai watak Bumblebee, Ironhide, Ratchet dan Jazz kesemuanya adalah subsidiari General Motors. Pelik juga 4 meteor yang berterbaran di serata US boleh memilih untuk menjadi kenderaan keluaran syarikat yang sama.
Padahal dalam masa yang sama General Motors semakin kehilangan pasaran kepada pengeluar automobil dari Asia seperti Honda dan Toyota. Kenapa pula kita tidak jumpa Transformers Honda Civic atau Toyota Camry sedangkan kedua-dua model itu memang popular di US? Jawapannya - General Motors memang menaja kenderaan-kenderaan untuk filem tersebut!
US Air Force juga mengambil peluang untuk mengiklankan senjata-senjata baru dalam inventori mereka seperti pesawat V22 Osprey dan F22 Raptor. V22 Osprey adalah pesawat baru dengan keupayaan berlepas dan mendarat secara menegak (VTOL) dan pada masa itu mereka hanya mempunyai tiga buah unit. Namun, pihak USAF telah bermurah hati meminjamkan dua pesawat tersebut.
Pesawat F22 Raptor juga menjadi bintang filem tersebut sebagai watak Decepticon popular iaitu Starscream. Keupayaan penerbangan dan persenjataan pesawat itu telah ditingkatkan secara manipulasi digital sebagai stunt dan juga propaganda.
Operasi US Air Force juga digambarkan sebagai sangat tangkas dan efisien apabila menangani ancaman Decepticon di Qatar. Mungkin mereka mahu menunjukkan kepada dunia bahawa mereka boleh menangani kekacauan di Iraq. (Qatar merupakan pusat operasi US dalam kempen penjajahan Iraq)
Sudahlah sebelum filem bermula ditayangkan iklan, filem itu sendiri juga iklan!
Filed under Fiksyen Sains, Filem, Politik, US |7 Responses to “Transformers: Iklan General Motors & US Air Force”
Leave a Reply





yep. betul. penah terbaca yg sales GM da merosot. kalah dgn company jepun. dasyat kan. orang US pn xsapot dorg nye brand.
sama je dgn orang malaysia yang lebih ske brand2 jepun nih..
Kalau kita beli jenama tempatan sekalipun, ia tetap kereta ‘berdarah’ Jepun. Rakyat US suka membeli jenama Jepun kerana lebih jimat minyak dan kurang kerenahnya.
Assalamualaikum dan selamat berpuasa.
Ulasan yang baik, tapi dalam penerbitan sesebuah filem kenderaan, telefon bimbit, pakaian dan lain2 lagi kebiasaannya memang ditaja.
Dalam filem ini ia berkenaan dgn tajaan oleh sebab itulah kenderaan jenis&jenama itu digunakan.
Nota:Lihat propaganda dlm Iron Man.
bijak.
Macam kata Jonos, biasala tu.. setiap filem ada penaja bagi prop2 yang digunakan. Filem baru dok plan, depa dah bukak “tender” sapa nak masuk jadi penaja (ataupun penaja yang fight sapa dapat dapat masuk filem). Macam Iron Man, ada Audi dan LG. Filem Malaysia pulak, Sumolah ada Celcom, Dunia Baru the Movie ada Digi (sampai line jalan pun kaler kuning… kalau kita nak ikut logik, boleh ke? kotak kuning boleh la boh kaler kuning). Filem Batman pulak ditaja oleh Kilang Baja Kompos Ah Chiu… hahaha…
Jonos & Kangaq, ini contoh yang guna sponsor. Nanti aku cerita propaganda yang lebih subtle seperti dalam filem Hancock.
nice article bro..couldn’t agree more..keep up the good work. aku tunggu pasal hancock plak. selamat berpuasa bro