Tips: Buang Garisan Merah Dalam Microsoft Word
Melihat ayat-ayat yang digariskan merah dalam Microsoft Word kadangkala cukup menyakitkan hati. Tambah pula bila Microsoft Word memandai-mandai mengubah perkataan seperti datang kepada dating. Rasanya seperti hendak menjerit kepada PC, “Aku tulis dalam Bahasa Melayulah! Engkau menyemak dengan kamus Bahasa Inggeris tentulah salah semuanya!”
Jika hendak padamkan terus fungsi spellchecker, bagaimana pula dengan dokumen dan tugasan anda dalam Bahasa Inggeris? Penuh dengan kesalahan pula jadinya nanti.
Usah gusar, ikuti langkah seperti berikut:
1. Pilih Edit > Select All
2. Klik dua kali pada bar bawah yang ada tertulis bahasa, selalunya English (U.S)
3. Skrol pilihan yang ada dan klik dua kali pada pilihan Malay.
Sekarang, semua garisan merah itu akan hilang!
Filed under IT, Penulisan |4 Responses to “Tips: Buang Garisan Merah Dalam Microsoft Word”
Leave a Reply





selepas ini, tiada lagi gangguan sewaktu berkarya, kalau tidak, asyik hendak backspace sahaja.
Terima kasih Tuan Firdaus di atas makluman yang amat-amat berguna ini.
Shamsuddin Kadir
Ooo, macam tu rupanya. terima kasih berkongsi ilmu. tapi ilmu dari dulu lagi saya dah tau. Prof kecil baru tau?
Manusia Purba,
Kalau hendak letak tip-tip Word, Power Point, Excel dan lain-lain, mau tiap-tiap hari boleh update tanpa henti blog ini.