Ke Hujung Negeri
Esok saya akan ke Johor Bahru untuk tampil di MPH City Square pada hari Sabtu. Ini kali pertama saya pergi membuat promosi di luar Kuala Lumpur. Acaranya mudah sahaja, penampilan dan sesi autograf pada jam 3 petang hingga 4 petang.
Saya sendiri sudah lama tidak menjejakkan ke Johor Bahru sebenarnya, dan sengaja memilih untuk sekalikan program ini sambil ziarah saudara di sana. Saya agak asing dengan bandaraya ini kerana tidak pernah berpeluang untuk menjelajahnya. Malu juga bila mengatakan saya lebih arif dengan selok-belok Kota Singa di sebarang tambak berbanding JB.
Maaf juga kepada para pembaca kerana tiada sambungan tentang Mitologi & Fiksyen Sains. Entah angin apa yang bertiup, saya jatuh demam dan pening kepala. Sakit kepala mengongkong saya kepada realiti di depan mata sahaja, tidak mampu untuk saya ke dunia imaginasi serta falsafah dalam benak ini. Hari ini sudah pulih 70%, doakan agar saya pulih sepenuhnya menjelang esok!
Al-Fatihah kepada SN S. Othman Kelantan. Saya akan rindukan ceramahnya yang lantang itu!
Filed under Uncategorized |6 Responses to “Ke Hujung Negeri”
Leave a Reply




Semoga saudara Firdaus sihat seperti biasa. Mungkin saudara perlu membuat perkara baru untuk kesegaran minda.
hehe.. mintak la ubat kat ayah kamu. nnt sehat la kn
Faizul; Mungkin ubah angin ke JB hujung minggu ini dapat membantu.
Adlan; Ayah aku di Australia, jumpa Dr. Dinon je la tadi. Haha.
Sistem operasi komputer juga memerlukan restart sekali-sekala bagi menyegarkan cachenya yang semakin serabut. Mungkin manusia juga begitu perlu sakit demam pening dan berbaring tanpa membuat apa-apa barang seketika. Selepas sembuh pasti banyak buah-buah fikiran baru yang bakal muncul di kotak-minda.
Wassalam
Assalamu alaikum warahmatullahi wwbarakatuh,
Didoakan semoga anakanda Firdaus Ariff sihat walafiat.
Laman Sutdio Inspirasi ini ayahanda pautkan pada laman Institit Peradaban Melayu, UPSI.
Ini adalah kerana kandungannya banyak memanfaatkan para guru yang perlu berjinak dengan Fantasi dan Fiksyen Sains.
Wassalam
Prof. Emeritus Abdullah Hassan
Pengarah
Institut Peradaban Melayu, UPSI
Waalaikumussalam Prof. Abdullah
Anakanda amat berbesar hati kerana diberi penghormatan ini. Kepercayaan ini akan mendorong penghasilan entri-entri dan karya-karya yang lebih berkualiti di masa hadapan.
Wassalam
Firdaus Ariff