Menjejak Inspirasi Penulis
Kali ini, saya terpilih untuk bersama-sama menjayakan program Festival Membaca 2008 untuk slot menjejak inspirasi penulis. Apabila membaca aturcara program, saya memang teruja kerana ini program pertama yang seumpamanya. Tambah pula program ini mencabar kreativiti untuk berkarya dalam ruang masa yang ditetapkan. Terima kasih kepada Fadli yang mencadangkan nama saya!
AKTIVITI MENJEJAK INSPIRASI PENULIS DENGAN KERJASAMA GAPENA PADA 4 JULAI 2008 (JUMAAT)
1. PENGENALAN
Perpustakaan Negara Malaysia telah mengambil langkah bekerjasama dengan GAPENA untuk mengenalikan Aktiviti Menjejak Inspirasi Penulis sebagai salah satu pengisian sempena Festival Membaca Kebangsaan 2008 yang akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur dari 2-4 Julai 2008.
2. AKTIVITI MENJEJAK INSPIRASI PENULIS
Tarikh Aktiviti Menjejak Inspirasi Penulis ialah pada 4 Julai 2008 (Jumaat). GAPENA telah memastikan seramai sepuluh orang penulis sekitar Lembah Kelang sebagai peserta bagi aktiviti ini.
Peserta akan dibahagikan kepada tiga kumpulan dan seorang pegawai dari PNM akan bertindak sebagai pengiring. Setiap kumpulan akan diberi pilihan berkarya di salah satu tempat berikut:
-
- KLCC
- Central Market
- Muzium Kesenian Islam
Karya yang telah di hasilkan dari cetusan inspirasi di lokasi terpilih akan dipersembahkan kepada penonton pada sebelah petang. Hasil karya boleh di persembahkan dalam pelbagai genre seperti cerpen, sajak, pantun, syair, lirik, skrip dsbnya.
ATURCARA MAJLIS
8.30 pagi : Berkumpul di Perpustakaan Negara Malaysia, Jalan Tun Razak
: Minum pagi
8.45 pagi : Taklimat di Bilik Serbaguna, Aras 1, PNM
9.00 pagi : Bertolak ke lokasi Menjejak Inspirasi Penulis
-
-
-
- i) KLCC
-
-
-
-
-
- ii) Central Market
-
-
-
-
-
- iii) Muzium Kesenian Islam
-
-
12.00 tgh : Bertolak ke PWTC untuk makan tengahari
12.30 tgh-2.45 tgh : Solat Jumaat dan rehat
3.00 ptg.-5.00 ptg : Persembahan hasil Aktiviti Menjejak Inspirasi Penulis di PWTC
2 Responses to “Menjejak Inspirasi Penulis”
Leave a Reply


Tahniah, Firdaus!
Program yang mencabar minda dan interaktif.
Saya pasti pilihan tempat saudara adalah di KLCC. Seperti laporan sebelum ini
Semoga berjaya.
Firdaus Ariff, cabaran hebat untuk anda. Bertapa di bawah teduhan KLCC untuk berkarya? Nak tulis apa la agaknya…