Sophia’s Journal: Time Warp 1857
Sinopsis: Novel ini mengisahkan tentang Sophia, seorang American Muslim. Dalam satu kembara bersama keluarga di Kansas, Sophia telah terjatuh ke dalam sungai lalu terdampar ke tahun 1857 - di tengah-tengah kekalutan Bleeding Kansas. Sophia terkejut dengan perhambaan yang masih berleluasa dan berusaha untuk melawannya. Baca lebih lanjut di sini
Saya terjumpa buku ini secara tidak sengaja lewat Facebook dan memang tertarik dengan premis ceritanya. Apatah lagi bila dikatakan penulisnya membuat penyelidikan yang menyeluruh tentang sejarah Amerika. Malah, resepi era 1857 turut dimuatkan dalam buku ini.
Novel ini boleh dikategorikan sebagai historical fiction atau fiksyen sains/fantasi (bergantung kepada cara Sophia sampai ke tahun 1857). Mungkin juga alternate-history kalau ada perubahan besar dalam sejarah 1857. Tentunya saya teruja kerana wujud genre sebegini dalam komuniti Muslim di luar sana.
Harganya sekitar USD10 dan diikutkan saya memang mampu membelinya. Cuma, saya tiada kad kredit untuk pembayaran. Siapa mahu tolong?
Filed under Fiksyen Sains, Sejarah, UK, US |4 Responses to “Sophia’s Journal: Time Warp 1857”
Leave a Reply



dapatkan kad debit. yang boleh digunakan untuk international payment ialah kad debit public bank (visa).
Saudara Firdaus,
Saya setuju dengan usul Saudara Ted Mahsun. Saya juga telah menggunakan kad debit Visa Electron Public Bank sejak tahun 2000.
Selama itulah saya dapat membeli buku dengan amazon.com, amazon.co.uk dan mph.com.my. Cuma e-kedai.net sahaja yang tidak berjaya - mungkin ia ada masalah dengan gateway.
Tak susah untuk memohon kad ini, tidak perlu ada akaun simpanan atau semasa. Tetapi, kalau ada akaun simpanan lebih baik, daftar e-banking. Mudah untuk ‘monitor’ dan top-up. Fungsinya sama dengan kad kredit. kelebihannya berbanding kad kredit, kita tidak akan rasa susah hati kerana berhutang, kad debit hanya benarkan transaksi sekiranya kita ada wang (baki kredit) sahaja.
Oh ya, akaun visa ini mesti ada baki RM25 pada setiap masa.
Salam,
inshaallah, I’ll get the book from the local bookstore tomorrow. Have you ordered it from Amazon yet? Maybe we could have a discussion about it
Ted & Norjihan; Terima kasih atas cadangan, tapi tiada Public Bank yang hampir dengan tempat saya.
Rebecca;
Saya belum pesan dari Amazon kerana belum ada kad untuk membayar. Saya bercadang untuk beli kad kredit prabayar bila dapat cek artikel nanti.