Backup Data Anda!

June 16th, 2008

Semenjak bergiat dalam dunia penulisan, banyak kali terdengar cerita rakan-rakan penulis hilang salinan elektronik manuskrip mereka. Ada yang disebabkan kecurian, tidak kurang juga kerana pincang tugas komputer. Kehilangan manuskrip memang satu mimpi ngeri buat para penulis apatah lagi jika belum dihantar kepada editor.

Apabila diteliti, ternyata saiz dokumen elektronik sesebuah manuskrip adalah kecil sekali. Sebagai contoh, manuskrip Sayap Adinila hanyalah bersaiz 568KB - muat untuk disimpan dalam sebuah disket kuno. Oleh itu, backup manuskrip adalah satu perkara yang mudah untuk dibuat. Saya ada beberapa tips buat saudara sekalian:

  1. Emel kepada diri sendiri. Daftar satu akaun emel khas untuk menyimpan salinan manuskrip anda. Gmail adalah pilihan yang baik. Tambahan pula, anda dapat mengaksesnya di banyak tempat
  2. Gunakan program automasi untuk thumbdrive supaya backup dibuat secara automatik. Contoh: Toucan
  3. Simpan thumbdrive backup di tempat berasingan. Beg laptop adalah tempat paling buruk untuk menyimpan thumbdrive backup anda. Jika berlaku kecurian, anda akan hilang kesemuanya.
  4. Jadikan backup satu tabiat. Backup setiap kali anda melakukan perubahan besar kepada manuskrip.

Selmat menulis!


2 Responses to “Backup Data Anda!”

  1. norjihan on June 26, 2008 8:36 pm

    Saya juga pernah alami kehilangan data bila sistem crash. Pernah sekali satu hard disk rosak akibat menerima kemasukan thumbdrive anak saudara. Sebagai akauntan, setiausaha syarikat dan penulis, saya mempunyai banyak data dan nota-nota dalam bentuk ’soft copy’. Iktibar dan tip yang ingin saya kongsikan bersama di sini ialah:

    1. Buat partition untuk hard disk - gunakan C: untuk program dan D: untuk data. Sekiranya diserang virus, format semula adalah untuk C: sahaja, jadi data dalam D: selamat.

    2. Sekiranya mengalami ‘crash’ hard disk, bawa hard disk kepada juruteknik komputer - tanyakan kepadanya samada untuk ‘data recovery’ (kadang-kadang walaupun recovered, ada fail yang tak boleh baca) atau minta dia selamatkan data dalam hard disk itu ke dalam hard disk baru. Agak sukar dan memakan masa, tetapi masih boleh dibuat. Ibaratnya hard disk itu dah koma tetapi masih boleh bernafas menggunakan alat sokongan hiduplah.

    3. Beli external hardisk - Maxtor One Touch V. 3 atau V. 4.0 . Ada dalam saiz 120GB, 160 GB dan 240GB. Harganya dari RM200 ++ External hard disk ini telah dilengkapi dengan software untuk sync. Jadi, apabila kita connect aje hard disk ini dengan PC, ia akan automatik sync (macam bacukp jugalah) fail. Ada setting sikit pada permulaan. Saiznya muat untuk dimasukkan ke dalam beg tangan (tak berat pun) atau poket baju melayu.

  2. fadzli fauzi on June 30, 2008 9:17 am

    Salam

    Terkenang kisah computer crash semasa tengah siapkan kertas projek semasa di UM dahulu. Terpaksalah taip balik, 2minggu tak dapat tidur. Masa tu tak pandai lagi nak buat backup.

    Salam.

Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply

Name (required)

Email (required)

Website

Speak your mind