Cover Baru Sayap Adinila!
Alhamdulillah, novel Sayap Adinila akan diulang cetak dengan cover baru yang lebih segar. Terima kasih kepada para pembaca dan rakan-rakan yang menyokong novel ini. Jutaan terima kasih kepada seluruh warga PTS yang menjadikan novel ini satu kenyataan terutamanya Pn. Ainon dan Mat Jan. Ayah, ibu dan adik-adik - terima kasih banyak-banyak atas sokongan moral dan material!
Komen tentang cover baru? Rungutan tidak ‘original’ memang akan kedengaran tetapi cover kali ini akan dapat menerangkan dengan lebih baik apa kandungan Sayap Adinila. Mata wanita di belakang mungkin mewakili watak Tengku Arafiah dan juga menunjukkan ini novel islami (merujuk kepada cover Salju Sakinah dan Ayat-ayat CInta).
12 Responses to “Cover Baru Sayap Adinila!”
Leave a Reply




Oh… cover buku islami kena ada mata perempuan ya?
Tahniah pasal cover baru. Memang lebih menarik daripada yang sebelum.
Ted; Aku pun tak faham pasal mata tu. Macam trend pula.
Salam,
Saya terleka dengan kulit buku baru itu sehingga terlupa perkara yang lebih penting iaitu hakikat yang Sayap Adinila ‘diulang cetak’. Tahniah!
Cover ini mengingatkan saya kepada cerita seorang wanita yang mengorek biji matanya semata-mata kerana ia telah menggoda seorang lelaki…
Kenapa ada unsur ’star wars’? Macam orang gaduh pakai light saber, je. Hmm..
1. Tahniah
2. Apa yang Islaminya? Perempuan tu tak pakai tudung. Cuba tengok tepi mata kiri dia. Nampak rambut. Eeiii.
Kenapa para penarung menggunakan ‘light saber’ dan bukannya pedang kristal?
wha.. nice cover..
xkesah la da trend ke ada mata2 tu plak..
tp sesuai jugak la dgn tema futuristik citer ni..
aku x baca pn lagi.. juz teringat waktu ko tunjuk e-book ni kt kemboja ari tu..
btw congratz bro. for d release of this book. buku kemboja bila mau keluar ya?
wah wah, ulang cetak.. lajunya PTS.. syabas ..! sejak Ayat2 Cinta mulakan, nampaknya ramai yg mengikut ya!
ashraflatif, tu bukan rambut, tapi tudung daa~
tahniah firdaus! teruskan usaha
Maka aku ternampak Hj Samuri melambai-lambai….
Zamri Mohamad
http://www.motivasimindamu.blogspot.com
Mira, saya tetap mengatakan itu rambut. (^.^)