Ke KLfm!

May 21st, 2008

Update: Gambar dari Angkasapuri

klfm.jpg
Vovin, DJ Nazi & diriku

konti.jpg
Konti KLfm yang canggih dan selesa

Alhamdulillah, saya dan Vovin telah selamat pergi dan kembali ke konti KLfm untuk menjadi tetamu rancangan GenX yang dikendalikan oleh DJ Nazi. Kami pergi dengan tertanya-tanya hendak cakap tentang apa. Risau juga, hanya novel kami menjadi bekal. Tetapi, DJ Nazi membantu dengan menjadikan sesi itu sebegitu santai sekali.

Ada juga pendengar yang sudi menelefon dan menyatakan bahawa beliau telah membeli empat buah buku fiksyen sains PTS semasa pesta buku baru-baru ini. Katanya watak Niki mengingatkannnya kepada gadis Sabah kerana dialeknya. Pemanggil dari Puchong ini sangat menyokong penerbitan novel-novel fiksyen sains Bahasa Melayu.

Tamat temuramah, kami diminta untuk merakam voice-over secara berduet untuk rancangan GenX. Tuan Roslan bergurau agaknya, adakah patut beliau SMS DJ Nazi minta kami menyanyi! :D

Terima kasih kepada DJ Nazi dan Tuan Roslan!

Entri Asal:

Kerana aku sedang sibuk mengedit travelog Kemboja, aku salin sahaja entri Vovin:

Penulis Sai-Fai comel, Nazri M. Annuar akan ditemuramah di dalam radio.

Ya, dengarkan suara lunak penulis pujaan gadis-gadis pop era kontemporari yang akan berkumandang di;

RADIO KLFM,

TARIKH: 21 MEI 2008

MASA: 3 PETANG

FREKUENSI: 97.2

Turut bersama adalah penulis novel sai-fai SAYAP ADINILA, Firdaus Ariff.

Dengar tau.

Nota: Gua masuk radio wehhh!


4 Responses to “Ke KLfm!”

  1. Roslan Isa on May 21, 2008 8:23 pm

    Assalammualaikum.

    Sama-sama, seronok kalian hari ini `menjajah` KL FM. Soalan-soalan yang kritis dan dijawab secara santai dan bijak. Bagus dan hebat!

    Hehehe, selamat tidak kena nyanyi tadi ya.

  2. Azree Hanifiah on May 21, 2008 10:30 pm

    Nasib baik sempat cari laman web yang ada pasang radio KL fm petang tadi. :D

  3. Azrul bin Jaini on May 22, 2008 1:16 am

    Assalamualaikum….

    Mendengar berita dari tanah seberang; Tahniah!

    Wassalam

  4. Nazri M. Annuar » DI KONTI KLFM on May 24, 2008 12:37 pm

    [...] Laporan Firdaus Arif [...]

Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply

Name (required)

Email (required)

Website

Speak your mind