Faedah Syariah-Compliance
Semasa Sayap Adinila ditulis, saya dan Mat Jan mensasarkannya untuk golongan lewat remaja dan awal dewasa. Namun, bila ISBN dikeluarkan oleh Perpustakaan Negara, buku Sayap Adinila mendapat kategori i) Fiksyen Sains & ii) Buku Kanak-kanak. Akibatnya, kebanyakan kedai buku akan meletakannya di rak buku kanak-kanak.
Tetapi, kerana buku itu tiada elemen-elemen yang tidak sesuai untuk kanak-kanak maka tiada masalah bagi mereka untuk menikmatinya. Tambah pula dengan jenama PTS yang memang dipercayai oleh ibu bapa. Setakat ini, respon teruja yang saya dapat adalah daripada kanak-kanak lelaki. Mereka juga telah bertanya bila sambungan Sayap Adinila akan keluar.
Seperkara lagi, penulis tidak akan segan dengan kaum keluarga dan guru-guru bila menulis novel yang syariah-compliance. Saya teringat membaca dedikasi dalam sebuah novel fantasi dari US, bunyinya lebih kurang begini - “Dedicated to my son, whom I hope will enjoy it when he’s mature enough.” Novel itu memang boleh dikategorikan sebagai 18SX & 18SG.
Pembaca yang lebih dewasa jangan risau, saya tidak akan ‘downgrade’ sambungan Sayap Adinila. Jika tidak, apa gunanya saya terbit di bawah PTS Fortuna!
Filed under Agama, Novel, Penulisan |4 Responses to “Faedah Syariah-Compliance”
Leave a Reply



Salam Tuan,
Dengar khabar, buku Tuan semasa pesta buku amat menggalakkan.
Tahniah.
Belum berkesempatan lagi hendak beli buku ini. Perlu habiskan senarai buku yang masih tidak terbaca, sebelum mencapai yang ini.huhu
1. Aku tak beli lagi novel kau. Nak tunggu kau bagi free hehe.
2. Pertama kali terbaca tajuk novel kau, aku kata, “Ah, mamat ni mesti peminat Ahmad Patria dan Saga Artakusiadnya”.
3. Nanti, kau belanja aku makan daging lembu naik bukit. Aku teringat-ingat wo.
Xara; Tak mengapa, habiskan buku lain dulu. Hehe
Ashraf; Entah kenapa, komen kau masuk spam.
1. Naskhah free aku sudah habis. Kau boleh beli dengan harga istimewa terus dari aku.
2. Maaf, aku tak pernah baca Saga Artakusiad.
3. Nanti kita cari daging yang elok-elok dan makan beramai-ramai. Kau tolong cari tempat masaknya.