Khazanah Angkor
Dalam rangka kembara ke Kemboja baru-baru ini, saya sempat juga melakukan sedikit sebanyak penyelidikan tentang sejarah Kerajaan Angkor. Sumber utama saya adalah buku The Treasures of Angkor tulisan Marilia Albanese yang saya beli di perkarangan Angkor Wat.
Dalam siri Saga Empayar Kristal, Kerajaan Angkor menjadi antagonis utama. Namun, saya belum cukup berpuas hati dengan penampilan Kerajaan Angkor dalam Sayap Adinila. Filem blockbuster ‘300′ pernah dikritik kerana tidak memberi perhatian yang secukupnya kepada pihak antagonis dan itu adalah kesilapan yang mahu dielakkan.
Setakat ini, pemilihan nama elemen-elemen Kerajaan Angkor dalam Sayap Adinila adalah betul. Tetapi, buku panduan ini menerangkan bahawa perkataan seperti Naga dan Garuda mempunyai konotasi yang berbeza dalam mitologi Angkor. Contohnya, Garuda tidak bermaksud burung yang besar tetapi bermaksud makhluk separuh manusia separuh burung. Mujur maksudnya tidak ditulis dalam buku pertama, maka dapat dibetulkan dalam novel kedua yang sedang ditulis dengan working title Pulau Azur.
Sikap kejam Kerajaan Angkor terhadap rakyatnya juga terakam dengan betul dalam Sayap Adinila dan saya bersyukur dengan ilham yang betul itu. Buku panduan ini juga memberi cadangan nama-nama yang lebih canggih dan mantap. Diharapkan bahawa novel kedua Saga Empayar Kristal akan membawa pembaca menelusuri sejarah dan mitologi Angkor dengan lebih dalam!
Filed under Asia, Novel, Penulisan, Sejarah |One Response to “Khazanah Angkor”
Leave a Reply



Salam Tuan Firdaus,
Berdasarkan kefahaman saya, Garuda jika ditinjau mengikut mitos mazhab Tao, adalah lebih menyerupai makhluk berbadan manusia tetapi bersayap burung (tangannya) dan mempunyai sepasang cakar seperti burung (kakinya). Dikatakan juga makhluk ini memiliki paruh seperti burung. Garuda dalam mitos India juga didapati memiliki ciri-ciri yang serupa.
Konsep ini mirip makhluk yang dikenali sebagai Harpie. Tetapi Harpie lebih mirip wanita yang separuh burung dan tidak berparuh.
Dari sudut budaya, agaknya Garuda memiliki maksud yang berbeza dari segi penciriannya sebagaimana juga Naga. Saya rasa di dalam blog ini juga sudah ada dinyatakan mengenai perbezaan Naga mengikut pencirian Barat dan Naga mengikut pencirian Timur.
Seingat saya terdapat mitos mengenai makhluk-makhluk lain yang seangkatan dengan Garuda seperti Kinnara, Yaksa, Asura, Naga, Gandharva , Dewa dan Mahoraga (manusia ular).