Hari Menulis Yang Luar Biasa!
Hari ini, aku menulis di taman KLCC. Cari ilham kononnya, tapi kicauan burung dan bunyi air dari pancuran memang mempercepatkan penulisanku. Semasa rehat sebentar, berborak dengan dua penguasa DBKL yang baru selesai membuat rondaa. Baru ku dengar sendiri bermacam jenis onar yang berlaku di taman KLCC yang permai ini.
Tiba-tiba…
“Kejar, kejar! Pencuri, penipu!”
Kedua-dua penguatkuasa DBKL segera bingkas bangun. Dari kejauhan, kelihat seorang lelaki Afrika dengan kot hitam berlari di hadapan KL Convention Centre. Aku terkial-kial bangun dan mengeluarkan kamera dari beg.
Pantas juga lelaki itu berlari, entah berapa saat sahaja dari Traders Hotel ke pintu tengah Convention Centre. Para pengawal KLCC dan penguasa DBKL bergelut dengan lelaki itu antara pokok-pokok di taman. Terbelit-belit kabel walkie-talkie dan tangan mereka. Agak sukar juga bagi mereka menumbangkan lelaki tersebut.
“What have I done wrong?” soal lelaki Afrika itu.
Seorang lelaki berkemaja biru berjanggut putih datang, “He’s a cheater, a thief. Pencuri, penipu!”
Salah seorang penguasa DBKL itu berkata, “Apa kita hendak lakukan sekarang?”
Si pengawal KLCC menyahut, “Kita cerita di balai!”
Firdaus Ariff melaporkan secara langsung dari KL Convention Centre.
Filed under Malaysia | Comments (8)Membayangkan Masa Hadapan
Apabila menulis fiksyen sains, penulis perlu membayangkan teknologi masa hadapan. Dengan kepantasan pembangunan sains dan teknologi kini, kadang-kala rasa begitu sukar untuk membayangkan apa lagi yang boleh dicipta. Tetapi, ‘miniaturization‘ teknologi sedia ada boleh menjadi pilihan yang selamat. Lihat sahajalah contoh di bawah:
1997: GPS Reporter: Telefon + GPS + Komputer
2007: N95: Telefon + GPS + Komputer + Kamera + Pemain Muzik
Ini baru 10 tahun. Bagaimana pula kalau fiksyen sains 40-50 tahun ke hadapan?
Filed under Fiksyen Sains, Penulisan | Comments (3)Ke KLfm!
Update: Gambar dari Angkasapuri

Vovin, DJ Nazi & diriku

Konti KLfm yang canggih dan selesa
Alhamdulillah, saya dan Vovin telah selamat pergi dan kembali ke konti KLfm untuk menjadi tetamu rancangan GenX yang dikendalikan oleh DJ Nazi. Kami pergi dengan tertanya-tanya hendak cakap tentang apa. Risau juga, hanya novel kami menjadi bekal. Tetapi, DJ Nazi membantu dengan menjadikan sesi itu sebegitu santai sekali.
Ada juga pendengar yang sudi menelefon dan menyatakan bahawa beliau telah membeli empat buah buku fiksyen sains PTS semasa pesta buku baru-baru ini. Katanya watak Niki mengingatkannnya kepada gadis Sabah kerana dialeknya. Pemanggil dari Puchong ini sangat menyokong penerbitan novel-novel fiksyen sains Bahasa Melayu.
Tamat temuramah, kami diminta untuk merakam voice-over secara berduet untuk rancangan GenX. Tuan Roslan bergurau agaknya, adakah patut beliau SMS DJ Nazi minta kami menyanyi!
Terima kasih kepada DJ Nazi dan Tuan Roslan!
Entri Asal:
Kerana aku sedang sibuk mengedit travelog Kemboja, aku salin sahaja entri Vovin:
Filed under Program | Comments (4)Penulis Sai-Fai comel, Nazri M. Annuar akan ditemuramah di dalam radio.
Ya, dengarkan suara lunak penulis pujaan gadis-gadis pop era kontemporari yang akan berkumandang di;
RADIO KLFM,
TARIKH: 21 MEI 2008
MASA: 3 PETANG
FREKUENSI: 97.2
Turut bersama adalah penulis novel sai-fai SAYAP ADINILA, Firdaus Ariff.
Dengar tau.
Nota: Gua masuk radio wehhh!
Salju Sakinah
Salju Sakinah adalah antara novel terbitan PTS yang paling laris jualannya semasa di Pesta Buku KL baru-baru ini. Rak tempat novel ini diletakkan sentiasa dikerumuni orang ramai. Berdasarkan pemerhatian rambang, kebanyakan pembelinya adalah para pelajar sekolah agama dan universiti seperti UIA, KUIS, USIM serta yang sewaktu dengannya. Ya, lautan tudung labuh selalu sahaja menyerang rak novel cinta Islami PTS!
Sekali lagi Ustaz Zaid Akhtar mengekalkan wanita sebagai watak utama seperti novel Sesegar Nailofar dan Rona Bosphorus. Bezanya, berbanding dua novel sebelum ini Salju Sakinah turut menggunakan latar tempatan dengan meluas. Kali ini, Jordan dan Johor menjadi latar cerita cinta dan konflik sosial.
Bagi saya, novel ini sangat akrab dengan para pelajar universiti. Bukan kerana persoalan cintanya semata-mata tetapi tentang peranan mahasiswa untuk berbakti kepada masyarakat. Topiknya mungkin sudah lali kita dengar tetapi konflik sosial seperti hasad dengki, fitnah-memfitnah serta kepercayaan khurafat dan ilmu sesat masih lagi menjadi penyakit sebahagian masyarakat. Konflik sosial inilah yang menjadi perbincangan sepanjang novel ini.
Ketebalan novel ini telah memungkinkan Ustaz Zaid Akhtar melakarkan watak utamanya Sumayyah dengan lebih mendalam. Ini juga mendekatkan lagi watak Sumayyah dengan pembaca kerana tidak akan dirasakan heroin ini ’super’ namun hanya insan biasa seperti kita.
Secara keseluruhannya, tempo penceritaan novel ini memang selesa untuk pembaca. Tetapi, bagi sesiapa yang pernah membaca novel Ustaz Zaid Akhtar sebelum ini, plotnya boleh dianggap klise. Lebih mengganggu apabila plot klise itu diulang dua tiga kali sepanjang novel ini.
Kurang memuaskan hati apabila banyak konflik sosial dalam cerita ini diselesaikan secara deus ex machina yakni dengan intervensi dari Yang Maha Kuasa. Adalah lebih baik jika salah satu konflik sosial itu dapat diselesaikan dengan upaya watak-watak itu sendiri. Tentunya akan menebalkan lagi novel ini tetapi akan menjadikannya lebih bermakna. Kurang puas apabila persoalan konflik sosial itu berlegar begitu sahaja dalam minda.
Apapun, saya tabik Ustaz Zaid Akhtar kerana mempunyai kegigihan untuk menghasilkan karya ini secara novel bersiri dalam akhbar. Babak ‘pengantin salji’ itu juga sudah terbayang sebagai satu babak menarik andai karya ini difilemkan.
Teringat pula babak penamat Nanny McPhee, hehe.
Secara peribadi, novel ini akrab dengan saya kerana pemilihan latar Johor itu. Memang biasa saya berkunjung ke perusahaan kerepek seperti yang digambarkan dalam novel ini dan saya telah contoh usahawan yang berjaya. Tetapi sedikit bengang kerana kampung nenek saya digambarkan sebagai pusat ajaran sesat.
p/s: Ustaz Zaid, Pagoh bukan tempat jin bertendang tahu!
Faedah Syariah-Compliance
Semasa Sayap Adinila ditulis, saya dan Mat Jan mensasarkannya untuk golongan lewat remaja dan awal dewasa. Namun, bila ISBN dikeluarkan oleh Perpustakaan Negara, buku Sayap Adinila mendapat kategori i) Fiksyen Sains & ii) Buku Kanak-kanak. Akibatnya, kebanyakan kedai buku akan meletakannya di rak buku kanak-kanak.
Tetapi, kerana buku itu tiada elemen-elemen yang tidak sesuai untuk kanak-kanak maka tiada masalah bagi mereka untuk menikmatinya. Tambah pula dengan jenama PTS yang memang dipercayai oleh ibu bapa. Setakat ini, respon teruja yang saya dapat adalah daripada kanak-kanak lelaki. Mereka juga telah bertanya bila sambungan Sayap Adinila akan keluar.
Seperkara lagi, penulis tidak akan segan dengan kaum keluarga dan guru-guru bila menulis novel yang syariah-compliance. Saya teringat membaca dedikasi dalam sebuah novel fantasi dari US, bunyinya lebih kurang begini - “Dedicated to my son, whom I hope will enjoy it when he’s mature enough.” Novel itu memang boleh dikategorikan sebagai 18SX & 18SG.
Pembaca yang lebih dewasa jangan risau, saya tidak akan ‘downgrade’ sambungan Sayap Adinila. Jika tidak, apa gunanya saya terbit di bawah PTS Fortuna!
Filed under Agama, Novel, Penulisan | Comments (4)





