Mengurus Maklumat Sejarah
Apabila menulis novel sejarah, tentunya ada banyak maklumat yang perlu dikumpul dan diuruskan. Antaranya adalah tarikh dan peristiwa. Ketepatan maklumat adalah penting untuk menghasilkan karya yang bermutu.
Tetapi, bukannya mudah untuk menguruskan maklumat yang banyak. Kadangkala naik juling mata melihat tarikh-tarikh itu. Maka, teknologi dapat membantu dalam hal ini. Download sahaja template Excel timeline_bargraph.xls ini dan masukkan data peristiwa-peristiwa sejarah.
Apabila data dipersembahkan secara visual, kita mungkin dapat melihat perkaitan-perkaitan baru. Contohnya, Salahuddin al-Ayubi adalah sezaman dengan jurutera ulung al-Jazari. Mungkin ada yang dapat menulis fiksyen sejarah tentang perkara ini. Juga dapat dilihat bagaimana sepanjang penguasaan Empayar Uthmaniah, Terusan Suez tidak digunakan.
Cuba fikirkan, apa terjadi jika Terusan Suez ada semasa penguasaan Empayar Uthmaniah? Ha, itu juga pencetus realiti sejarah alternatif dalam Siri Saga Empayar Kristal. Nantikan saya berteori tentang geopolitik dalam sequel Sayap Adinila!
Filed under IT, Sejarah |One Response to “Mengurus Maklumat Sejarah”
Leave a Reply



Terima kasih. Satu paparan maklumat yang menarik. Memang saya selalu merapati sejarah dan mencatat tarikh. Masalahnya ialah untuk menyimpan maklumat. Selalunya disimpan dalam excel buatan sendiri, tetapi lama-lama jadi jemu lalu terbiar begitu sahaja.