Islam di Budapest

March 21st, 2008

250px-budai_var.jpg

Dalam siri Saga Empayar Kristal, sejarah dunia kurun ke-16 mengambil jalan yang berbeza. Antaranya, tentera Islam tidak kalah di pintu Kota Vienna dan Budapest masih dalam genggaman umat Islam. Malah, Bandar Budin & Pest digabungkan lebih awal menjadi Budapest berbanding tarikh dalam sejarah kita iaitu pada tahun 1872. Lebih radikal lagi, Budapest adalah wilayah naungan bersama dua empayar Islam - satu dari Asia Tenggara & satu lagi merangkumi Asia Barat.

Ya, Sayap Adinila bukan sai-fai semata-mata tetapi juga menyentuh tentang alternate-history. Saya sendiri tidak pernah tahu bahawa Islam pernah bertapak di Budapest hinggalah saya terjumpa artikel di TeachIslam.com bertajuk The Remains of Islamic Budapestkarangan Faisal Bodi.

Ah, ini buat diri rasa ingin berkelana ke Budapest!

Harry Potter: Buku Pendidikan Politik?

March 19th, 2008

potter190.jpgMinggu lepas, salah satu perbincangan di blog Pn. Ainon adalah tentang adakah patut PTS menerbitkan buku politik. Puan Wan Norjihan mengatakan bahawa buku Harry Potter mempunyai unsur-unsur pendidikan politik. Berikut adalah komentar beliau:

Puan,

Assalamu’alaikum warahmatullah.

Saya bersetuju dengan Saudara Hafidz. Isu-isu pendidikan politik perlu diserapkan dalam jiwa remaja secara berhikmah. Remaja, adalah golongan yang masih muda dan masih mencari-cari bagaimana untuk membentuk prinsip, apakah betul dan apakah yang salah. Kebanyakan remaja lebih mudah belajar melalui cara yang menghiburkan, melalui lagu, cerita dan muzik.

Oleh itu cerita yang mempunyai unsur-unsur didikan pemikiran mungkin dapat membantu.

Contohnya dalam siri Harry Potter, Rowling menyentuh isu-isu politik dengan bijak. Isu politik yang disentuh bersifat universal. Antarannya :

1. Isu politik dalam komuniti pengamal sihir
Komuniti pengamal sihir mempunyai kementerian mereka sendiri iaitu Kementerian Sihir (Ministry of Magic). Dalam kementerian ini ada Majlis Tertinggi, Council, jabatan-jabatan dan mahkamah.
Rowling menyentuh tentang Menteri Sihirnya (Cornelius Fudge) yang mudah dibeli oleh Lucius Malfoy (watak jahat – pengikut Voldermort). Tentang bagaimana Fudge yang ingin mengekalkan nama baiknya dalam komuniti tersebut sekaligus mengekalkan kedudukannya sebagai menteri enggan mengakui kembalinya si jahat Voldermort (watak yang paling digeruni dalam komuniti sihir ini). Fudge telah mengisytiharkan perang dingin dengan Harry, Dumbledore dan pengikut-pengikutnya. Fudge juga telah mempengaruhi media untuk tidak melaporkan perkara sebenar tetapi hanya perkara yang ingin didengari oleh komuniti supaya mereka rasa selamat.

2. Isu politik ‘terrorism’
Kebangkitan semula Voldermort membawa pelbagai bencana kepada komuniti. Kekejaman dan pembunuhan berleluasa. Kemusnahan terjadi di sana sini. Komuniti ‘muggle’ mengaitkan dengan perbuatan pengganas.

Bagi mengatasi dan menunjukkan bahawa mereka melakukan sesuatu, mereka telah menangkap beberapa individu yang dikatakan terlibat dengan pengganas. Walaupun mereka tahu ada individu tersebut tidak melakukan, tetapi mereka tidak melepaskan dia kerana tidak mahu menunjukkan bahawa mereka telah melakukan kesilapan.

Mereka juga menghukum golongan yang memperjuangkan keamanan.

3. Wujudnya organisasi yang ingin menyelamatkan komuniti
Bagi memperjuangkan keamanan sebuah organisasi perjuangan, Order of the Phoenix telah ditubuhkan semula secara sulit memandangkan pihak kementerian masih menafikan keadaan kritikal yang sedang melanda.

Bagi mereka yang berfikir, siri popular ini bukanlah semata-mata cerita fantasi, tetapi mempunyai garapan isu-isu universal yang perlu dipedulikan oleh golongan muda. Rowling juga menyentuh isu masyarakat majmuk, perkauman, status dan kelas (‘Antara Dua Darjat”), komunikasi, khabar angin dan yang penting perhubungan inter-personal.

Kata Suara 3

March 17th, 2008

Kata Suara 3

Dewangga Sakti

Kata Suara 3 Gracious Host

Hos Kata Suara; YM Raja Ahmad

Continue reading »

Apa Kata Berita Harian?

March 16th, 2008

Buku: Teknologi kristal

review-bh-sa.gif

SAYAP Adinila - Sayap Empayar Kristal karya Firdaus Ariff membawa pembaca mengembara ke Empayar Nilam dengan khazanah teknologi dan senjata kristal dalam pertempuran dengan Kerajaan Angkor mewakili penguasa jahat yang berjaya menawan Gabenor Wilayah Qandaha, Engku Rahman.

Buku dalam Siri Sains Fiksyen dan Fantasi terbitan Fortuna PTS Publications & Distributors Sdn Bhd setebal 265 halaman ini menjanjikan kepuasan kepada penggemar genre ini yang tertanya-tanya mengapakah pesawat Rajawali Merah dan Rajawali Biru menjadi syarat tukar ganti.

Bintang: ***

Link: Berita Harian 

Nota: Sayap Adinila kini boleh didapati di rangkaian kedai buku MPH & Popular 

Saya Cakap Dengan Kalkulator?

March 12th, 2008

mbook.jpg

Semalam saya ke pasaraya untuk membeli barangan dan barisan di kaunter adalah amat panjang. Ibu saya entah ke mana, jadi keluarkan telefon untuk bertanya dia berada di mana. Kemudian saya terdengar bisik-bisik di belakang saya antara mak dengan anak menyebut-nyebut kalkulator.

Saya lihat sekeliling, tiada pun nampak kalkulator. Si anaknya pula terjenguk-jenguk ke tangan saya, baru sedar bahawa mereka merujuk kepada telefon bimbit saya. Ya, saiznya memang besar dan banyak butang seperti kalkulator saintifik. Rakan saya pun pernah kata kepada anak saudaranya bahawa alat di tangan saya adalah kalkulator.

Kenapa telefon sebegini menjadi pilihan? Kerana ia memudahkan saya untuk mencatat sebarang idea yang muncul untuk menulis.

Rata-rata remaja sekarang menggunakan telefon bimit yang canggih dan mampu menyimpan banyak data seperti lagu dan video. Sebagai perbandingan, saiz teks amatlah kecil – 1 nota hanyalah 1 per 1000 daripada saiz sebuah lagu format MP3. Tetapi, yang kecil itulah yang berharga.

Apabila dapat sahaja idea, terus sahaja taip dalam telefon anda tidak kiralah simpan dalam aplikasi SMS atau Notes. Pulang ke rumah, salin atau pindah data ke dalam komputer.

Ada masanya, saya terus menulis dialog antara watak-watak dalam telefon bimbit. Mungkin dapat satu atau dua halaman sahaja tetapi itu sudah cukup membantu kerana dapat menangkap idea sebelum ia lari entah ke mana.