Tempias Melayu Dalam Dune

March 5th, 2008

Tempias Melayu dalam novel Dune adalah pada aspek senjata dan ritual yang berkaitan dengannya. Novel Dune banyak membicarakan pelbagai senjata tetapi yang diberi perhatian adalah crysknife, senjata pilihan puak Freemen. Crysknife merupakan gigi cacing gergasi yang dijadikan sebagai senjata.

Nama crys-knife segera mengingatkan kepada keris yang menjadi lambang pahlawan Melayu. Crys, sebutannya hampir sahaja dengan keris dan dokumen zaman kolonial ada yang mengeja keris sebagai cryse.

140px-kris_bali.jpg

Crysknife sentiasa ada bersama penggunannya, sama seperti keris yang selalu tersisip di pinggang. Crysknife juga disarungkan dan ada beberapa pantang-larangnya. Antaranya apabila crysknife dikeluarkan dari sarungnya, ia mesti mendapat darah. Hmm, perkara yang sama pernah dikatakan tentang keris-keris yang dikatakan keramat.

Crysknife juga menjadi lambang kuasa seperti yang dilakukan Paul Atreides apabila melantik Stilgar sebagai ketua Freemen. Semasa ritual perlantikan tersebut, Stilgar telah mencium crysknife. Bandingkan dengan istiadat apabila Yang Di-Pertuan Agong menaiki takhta, yakni apabila baginda mencium keris. Namun, DYMM Tuanku Mizan tidak berbuat demikian dan hanya menatang keris separas wajah baginda.

Para pembaca Dune yang lain, ada pendapat tambahan?

Nota Kaki: Terima kasih kepada saudara A.M Jarni kerana berbicara tentang Sayap Adinila


2 Responses to “Tempias Melayu Dalam Dune”

  1. Waris Jagat on March 5, 2008 10:12 pm

    Crysknife dan keris! Saya benar-benar tidak terfikirkan perkaitan itu!

  2. Pultraman on March 7, 2008 12:12 pm

    Oh ya.. betul jugak ya.
    Ada terlintas tapi didn’t really think to much about it. And in later dune series, emphasize on crysknife tak banyak sangat bila leto dah jadi gergasi dan jalan cerita terlalu phylosophical. So crysknife tu dlm kepala cam crystal knife aja.

    I thougt you were talking about demokrasi in Dune dan persamaannya dengan budaya Malaysia.
    ‘..it has been proven that democracy is a failure..’

Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply

Name (required)

Email (required)

Website

Speak your mind