Dari Arkib: Advencer si Peniup Ney

March 30th, 2008

advencer_si_peniup_ney1.jpgMembelek-belek himpunan buku nota, terjumpa satu kandungan yang menarik. Buku nota itu rata-ratanya kosong melainkan empat halaman yang mengandungi teks yang disalin dari Advencer Si Peniup Ney karya Faisal Tehrani. Namun, bukan versi asal tetapi dalam terjemahan Bahasa Inggeris.

Melihat tarikh tulisan itu dibuat, saya tersenyum sendiri. Catatan dalam buku nota itu merekodkan tarikh sekitar 6 bulan sebelum bertemu dengan Pn. Ainon dan PTS. Keinginan hendak menulis itu sangat kuat pada masa itu tetapi tidak tahu hendak disalurkan ke mana. Oleh itu, saya menterjermah - aktiviti yang saya anggap sebagai satu senaman minda.

One: Request of the Forty

Dawn after the winter ends, if you look outside the window of  Fatih Mosque, you’ll feel the dew raising up slowly, you’ll hear pairs of bird chirping softly, you’ll see the sun return with it’s warmth, and you’ll witness flowers budding and slowly flourishing into colours.

That dawn was an odd dawn. That’s why it is remembered. The even dawns were less remembered. It is that dawn when Ustaz Sulaiman Hilmi were requested to carry out a peculiar task. Odd as well as heavy.

At the odd dawn, the students of Ustaz Kamal were surprised to see that the saff increase seven rows. Those seven rows were filled by youths sporting beard, shoulder-length hair and wearing white robe, as well as dark blue kopiah. Their face radiant, as if they descended from a province at the peak of the clouds that is so remote, a sky province high above yet filled with fire. Indeed, their origin were unknown, but their rather small eyes and noses not too high and deep black eyes, indicates that they came from a corner of the Far East. All in all the youths are forty people altogether. That is if they really are people.

<< End of page 1 >>

Sayap Adinila Kini Dalam Format mBook!

March 28th, 2008

mbook-sa.jpg

Sungguhpun masih seminggu lagi sebelum pelancaran mBook PTS-Metadome, website sudah online dan mBook sudah boleh dimuat turun. Untuk lebih banyak buku, sila ke laman web Metadome. Hanya RM5 setiap mBook!

Nota Teknikal: mBook datang dalam format aplikasi JAVA seperti Game. Sebagai panduan, telefon bimbit yang mempunyai skrin berwarna & akses GPRS boleh download mBook.

mBook
Menu mBook dalam telefon bimbit

mBook
Paparan Teks Novel

Manuklon: Dr. Rahmat Haroun

March 26th, 2008

manuklon.jpg

Mengikut sinopsis di kulit buku, novel Manuklon mengisahkan penentangan antara manusia biasa dan manusia klon (manuklon) di zaman akan datang. Dr. Rahmat Haroun memabayangkan bagaimana manusia zaman akan datang ditindas oleh pemerintah manuklon.

Namun, sinopsis itu hanyalah kulit bagi membincangkan isu-isu yang mendalam. Sungguhpun ditulis lebih 17 tahun dahulu, isu-isu yang dikupas di dalamnya adalah amat relevan untuk kita amati dan hayati.

Dari aspek sains dan Islam, Dr. Rahmat Haroun menyentuh tentang implikasi daging yang diubahsuai secara genetik. Dalam Manuklon, isunya adalah daging lembu yang mempunyai bahan genetik babi. Namun, tidak pula diceritakan secara terperinci apakah interpertasi agama terhadap kewujudan manuklon.

Selebihnya, Manuklon banyak memuatkan satira politik tentang isu-isu nasional. Contohnya, isu semangat nasionalis yang dianggap berlawanan dengan agama Islam. Begitu juga peranan mahasiswa sebagai aktivis masyarakat. Sistem kehakiman juga turut disentuh; kes terunggak yang berlambak-lambak, krisis antara hakim, dan juga tahanan tanpa bicara.

Lewat Manuklon, Dr. Rahmat Haroun juga kritis terhadap bangsa Melayu yang  menjadi barisan watak utama dalam novelnya. Ketaksuban terhadap bomoh juga tidak terlepas daripada disentuh dalam Manuklon. Dr. Rahmat Haroun juga membayangkan bagaimana bangsa Melayu perlu bekerjasama dengan bangsa India dan Cina untuk merubah negara Malaysia ke arah yang lebih baik.

Pada hemat saya, Manuklon adalah satu novel wajib baca bagi semua rakyat Malaysia. Dapatkan di Kedai Buku DBP selagi stok masih ada. RM2 sahaja!

Seksyen Inggeris

March 25th, 2008

Kadang-kadang, tangan dan otak ini ‘gatal’ hendak menulis dalam Bahasa Inggeris. Lebih-lebih lagi, bila sumber idea itu datang dalam Bahasa Inggeris. Tidak lancar pula untuk mencatat sambil menterjermah. Oleh itu, saya membuka blog khas seksyen Bahasa Inggeris di http://inspire.madani-media.com.

Namun, tujuan yang lebih besar adalah untuk berinteraksi dengan penulis-penulis sai-fai Muslim dari serata dunia yang menulis dalam Bahasa Inggeris. Salah satu laman web yang djumpai hari ini adalah http://www.islamscifi.com/.  Sekarang, kita sudah sai-fai syariah-compliant di bawah panji-panji PTS dan ada baiknya kita berkongsi dengan saudara-saudara kita di luar sana.

Penulis & Blog - Tren Masakini

March 23rd, 2008

Penulis & Blog
Dari kiri : Pak Adib (The Reader), Saiee Driss, Puan Aizan (Ketua PDM), Nisah, Jiwarasa, Shamsudin Othman, Fauzi (Kawan Pak Adib)

Buat pertama kali, saya menjejakkan kaki ke DBP. Sebelum ini hanya pernah ke kilang DBP yang tidak jauh dari rumah, itu pun sudah lebih 10 tahun dahulu. Kerana tajuk perbincangan adalah Penulis & Blog, maka selayaknya saya datang dengan Pak Adib, seorang blogger senior dan pioneer.

Semasa perbincangan, Jiwarasa ada memperkenalkan Pak Adib dan berterima kasih kepadanya kerana menggerakkannya untuk menulis blog sendiri.  Saya juga tergerak untuk menulis blog kerana beliau dan itu merupakan satu titik permulaan dalam kembara menjadi penulis. Awang Goneng juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Pak Adib dalam bukunya Growing Up in Trengganu kerana mendorongnya untuk memulakan blog yang menjadi asas kepada bukunya.

Sekarang, Pak Adib juga menulis memoir di blog khas Dari Pondok Beris - memoir tentang Kelantan. Mari kita sama-sama sokong beliau agar berjaya menyiapkan sebuah buku!

Lebih banyak gambar  di bawah >>>

Continue reading »