*Sayap Adinila Telah Mendarat

Semasa blog ini baru dibuka dahulu, pelbagai respon yang diterima. Rata-ratanya positif, tetapi tidak kurang yang pesimistik seperti yang di bawah:
Ini bukan cara genius….kita terlalu banyak bercakap dan mengulas tentang apa yang telah di capai oleh orang luar sedangkan membuat atau mengusahakan spt apa yg mereka lakukan jauh sekali.Budaya ini sama sahaja di jabatan2 kerajaan yang terlalu banyak seminar dan kursus…hasil pencapaian macam tu jugak.jadi fikir2 kan lah….
Tetapi hari ini, omongan pesimis ini telah dapat disangkal dengan kelahiran ‘Sayap Adinila’ - sebuah karya sains & fantasi yang mengikut acuan kita sendiri. Seterusnya, tunggu sahaja bagaimana penerimaan masyarakat.
Satu impian saya telah termakbul hari ini, yakni ingin menghasilkan sebuah novel yang diterbitkan oleh sebuah penerbit komersil. Moga-moga ini menjadi titik-tolak yang baik untuk mencapai impian seterusnya iaitu menjadi penulis sepenuh masa.
Untuk rakan-rakan yang ternanti-nanti untuk mendapatkan Sayap Adinila boleh beli terus dari saya. Buat masa ini belum ada di kedai. Jika ragu, silakan download preview-sayap-adinila.pdf. Saya amat menanti-nanti maklumbalas daripada anda!
Filed under Fantasi, Fiksyen Sains, Malaysia, Novel |18 Responses to “*Sayap Adinila Telah Mendarat”
Leave a Reply



congratz on your new released novel… moga terus berjaya
TAHNIAH!
Tahniah!
Novel ini akan diulang cetak pada 2008.
Andai benar kata saya, berikan saya nasi ayam sepinggan!
Dan air suam…
Aha ha.
Percayalah!
Kata-kata Tuan itu saya ambil sebagai satu sokongan dan cabaran.
Nasi Ayam? Boleh saja, kita pergi makan di Dato’ Keramat nanti. Ada nasi ayam yang best!
“Kata-kata Tuan itu saya ambil sebagai satu sokongan dan cabaran.”
Terima kasih, bagus-bagus! Jadikan sokongan dan cabaran dan pangkahlah saya sekali bagi merebut kerusi DUN Dato’ Keramat. Ehe he.
Kulit novel ini sahaja sudah jadi satu daya tarikan.
Saya belum beli, saya akan beli!
Saya akan baca untuk difikirkan kalau-kalau ia boleh dianimasikan.
Jo, ayaq suam saja hang mintak? Sedih aku…
hahaha!
Tahniah2..haa..nk dptkn dengn segera mcm mana?
tahniah !!!
Semoga menjadi saintis komputer/novelis yang hebat !
Syahrul
Persembahan Hebat dengan PowerPoint
gurupowerpoint.wordpress.com
Sayap Adinila yang pertama dalam sejarah Borneo, telah mendarat di rumah saya semalam !
Terima kasih
Persembahan Hebat dengan PowerPoint
gurupowerpoint.wordpress.com
Tahniah!
Simpan untuk saya sebuah =)
Tahniah. Melayu sememangnya boleh!
Tuan Firdaus belum pun mendapat royalti, hmm… sudah ada yang mahu pau nasi ayam!
Tak patut…
Tak patut….
Royalti memang belum dapat, tapi sudah ada duit cerpen. Lagipun, itu boleh kira sebagai ongkos mencari material menulis.
“Jo, ayaq suam saja hang mintak? Sedih aku…
hahaha!”
Ayaq suam sudahlah, senang nak baca jampi dalam ayaq putih. Aha ha.
“Tuan Firdaus belum pun mendapat royalti, hmm… sudah ada yang mahu pau nasi ayam!”
Aha ha.. Bukan PAU sahaja, TAPAU sekali! Aha ha.
Saudara Firdaus, tahniah dengan terbitnya novel baru.
tahniah (walau agak terlambat…)
sayap adinila…cambest jek…
sedap macam capati kat aikol iiu tak?
syabas! saya nak beli novel awak di Maskara nanti!
Pak Latip, Wahyun & Fadz; Terima kasih atas ucapan tahniah.
Wahyun; Aku tak pernah makan di AIKOL jadi tak boleh nak kommen.
Fadz; Sudah simpan satu untuk anda.