Satu Per Satu Gogool?
Gogool? Bukan Google? Satu gogool bersamaan 10 kuasa 100, yakni 10 diikuti 100 sifar. Bayangkan 1 dalam 1 googol, tentunya amat mustahil! Begitulah betapa mustahilnya peristiwa dalam cerpen Gapura Dimensi.
Pertama, untuk menghasilkan anti-matter bagi menjana Gapura Dimensi seseorang memerlukan Large Hadron Collider. Mesin gergasi yang ditempatkan di CERN ini dijangka akan beroperasi menjelang November 2008. Sementara menunggu mesin itu siap, para saintis mengira kemungkinan untuk beberapa penemuan berlaku.
Menurut para saintis, kemungkinan untuk mendapat antimatter adalah 3 per 7*. Nisbah yang agak baik, tetapi bagaimana pula kemungkinan untuk menghasilkan dalam jumlah yang banyak? Mungkin 1 per 1 juta*.
Kemudian ada di kalangan saintis yang membuat spekulasi bahawa peluang untuk membuktikan kewujudan dunia alternatif adalah 1 per 10 juta*. Belum lagi merentas ke dunia alternatif itu seperti dalam Gapura Dimensi!
Oleh itu, kemungkinan peristiwa dalam Gapura Dimensi untuk berlaku adalah:
Kemungkinan Penemuan Antimatter X Penghasilan Antimatter Dalam Kuantiti Besar X Kewujudan Dunia Alternatif X Penghasilan Wormhole Selamat**
= 3 / 7 X 1 /1 Juta X 1/10 juta X 1/1000 juta
= ??? (Kalkulator pun tidak dapat kira)
Jika sebegitu mustahil, mengapa banyak karya fiksyen sains yang melibatkan dunia alternatif ditulis? Dunia alternatif itu selalunya semata-mata satu alat dalam plot untuk membolehkan penulis meneroka kemungkinan.
Kemungkinan-kemungkinan itu boleh sahaja untuk memeriksa kembali sejarah; contohnya dunia di mana Jepun yang berpecah menjadi Jepun Utara dan Jepun Selatan. Atau mungkin sahaja untuk membayangkan impak teknologi pada masa hadapan; contohnya dunia tanpa minyak tetapi dijana oleh kristal.
Nota: * Sumber dari Majalah Popular Science ** Spekulasi Penulis
Filed under Cerpen, Fiksyen Sains | Comment (0)Berkenalan Dengan Nazam
Semasa Eidul Adha baru-baru ini saya berkenalan dengan nazam dalam Bahasa Melayu. Kebetulan sahaja saya datang awal untuk majlis pertunangan sepupu saya, sebelah paginya diadakan majlis untuk adik kecilnya. Paling menarik adalah dari segi doa dalam liriknya yang memohon perlindungan bagi si anak kecil itu. Sesuatu yang saya kira amat perlu dalam zaman yang serba mencabar ini.
Mendapatlah engkau ala sayang syurga yang tinggi
Ya Allahu Malikul-alam
Doalah kami ala sayang minta perkenan
Siang dan malam sepanjang zaman
Bala dan fitnah ala sayang minta jauhkan
Ya Allah Tuhan yang kudrat,
Jauhkan kami ala sayang dari maksiat
Minta perkenankan dunia akhirat ahai
Alhamdulillah ala sayang nazam pun zaman
Filed under Malaysia, Penulisan | Comment (1)


