Concept Art: Komando 2069

Jika sebelum ini anda hanya dapat membaca cerpen Komando 2069, kini dipersembahkan concept art untuk siri ini. Ilustrasi di atas adalah hasil kreativiti Saudara Riza berdasarkan teks cerpen versi mBook. Gambar atas adalah ekso-sut yang dipandu Azmeer dalam konfigurasi asas dan di bawah pula dikonfigurasi bersama pod jet mobiliti.
Mengikut perancangan, Komando 2069 akan dijadikan siri mBook tetapi masih belum selesai prosedurnya. Tambah pula dengan ujian-ujian pertengahan semester yang menjelang membuatkan saya sedikit sibuk. Nanti akan saya upload lagi lakaran-lakarannya.
Nota: Saudara Riza memang seorang illustrator sepenuh masa maka silalah menghubungi beliau jika memerlukan illustrasi.
Filed under Cerpen, Fiksyen Sains, Hakcipta, Konsep, Malaysia, Robot |10 Responses to “Concept Art: Komando 2069”
Leave a Reply




Saya amat suka rekaan ini. Apatah lagi, kisah-kisah robot seperti Gundam 00, Gundam Seed memang menarik minat saya.
Amiene; Lama tak nampak!
Saya amat terhutang budi kepada Saudara Riza kerana berjaya merealisasikan visi saya dalam Komando 2069.
Lukisan cantik, tapi rekaan robot tu takde nilai Malaysia. Nampak sangat ke arah Jepun.
Rujuk karya lukisan Jepun takpe, tapi design bagi nampakkan benda tu Made In Malaysia.
Mahafiz; Respon yang bagus, ada idea biar nampak nilai Malaysia?
Dulu saya pernah tengok satu rekaan robot dengan kostum macam pakaian pahlawan melayu dulu-dulu di web encik jonos. Tapi sekarang web itu dah takde. Saya cuba cari tapi tak dapat untuk tampal link kat sini.
Ya, memang Gundam totok. Anda perlu cari jatidiri Melayu, kerana itulah dia asas utama kebudayaan Malaysia. Kalau diteruskan macam ni tak langgar hakcipta ker?
Mxypltk; Ini masih dalam proses development. Boleh tuan cadangkan apa elemen Malaysia yang boleh dimasukkan?
Sekarang ini memikirkan tengkolok, bengkung, dan kerambit. Apa lagi yang sesuai?
Kalau exoskeleton suit, haruslah IMHO seperti pengangkut barang (tapi dah jadi macam mecha, pulak) yang dipandu Ripley dalam Aliens. Walaupun belum ada lagi, tapi mecha itu nampak lojik dan achievable pada masa akan datang.
Kalau nak teruskan suit macam Gundam ni (atau macam Mospeada), saya rasakan Firdaus mahukan suit tempur; maka tengkolok amat sajak untuk dimasukkan. Kepala robot suit dalam gambar itu misalnya direkabentuk sehingga menzahirkan bentuk tengkolok.
Berkenaan bengkung/selempang, tak usahlah pula dizahirkan perse. Mungkin rekaan suit itu direka sedemikian rupa hingga kita boleh tanggap ianya seperti bengkung pada pandangan umum, padahal ia sebenarnya mempunyai fungsi tersembunyi untuk pertempuran dengan musuh.
Lambang bulan bintang jalur gemilang misalnya, juga boleh menampakkan imej Malaysia (tapi mungkin pula keanak-anakkan). Tapi harus diingat watak Superman, Spider-man sering digandingkan dengan bendera US utk melambangkan patriotisme mereka. Jadi terpulanglah.
Fidaus, hanya 2 sen daripada saya.
HAKIM
Best!
Andai ada perancangan untuk dianimasikan, jangan terlalu banyak aksesori pada robot kerana akan melambatkan proses menggerakkan watak ketika dianimasikan. (jika animation 2d, kecuali 3d.)
Andai ada kenalan yang mahir animasi 3d, minta kenalan cuba buat model 3d sebagai cubaan.
Dari buku ke kaca TV, atau layar perak.
Moga menjadi realiti. Amin.
Ciplak!