Bakal Terbit!
January 16th, 2008

Kerajaan Angkor menemui kapal udara bernama Garuda lalu digunakan untuk menyerang Empayar Nilam. Engku Rahman, Gabenor Wilayah Qadaha telah diculik dan dijadikan tebusan. Kerajaan Angkor mengugut untuk membunuh Engku Rahman sekiranya gagal untuk memenuhi permintaan mereka dalam masa sebulan.
Permintaan mereka: Rajawali Merah dan Rajawali Biru
Putera Fauzi dan pasukannya memulakan misi mencari kedua-dua kapal udara ciptaan Adinila itu. Namun, mereka mempunyai muslihat lain untuk menyelamatkan Engku Rahman.
Berjayakah mereka dalam misi itu?
Dijangka siap dicetak 25 Januari 2005 2008!
18 Responses to “Bakal Terbit!”
Leave a Reply




25 Januari 2005?
2008 la bang!
Ha’ah. 2005?
Oh! Tapi mesin merentasi masa saya belum siap diperbaiki!
Tahniah!
Mat Jan, Anas; Sudah dibetulkan, terima kasih!
Ted; Bilik aku ada time dilation field, masih dalam tahun 2005.
Nak baca apa pada Reading Kata-Suara?
Rebecca; Terima kasih!
Tahniah! Waa… font pakai symbol of origin tuhhh!
Nak belajar dengan Sifu Novel Sai-Fai…
snj
Kangaq: Mentang-mentang aku minat Stargate, diorang letak simbol point of origin tuh. Ada empat point of origin, jadi tajuk novel aku bukanlah alamat stargate yang valid!
Snj; Nanti saya balas emel tuan.
Tahniah!
Ada 4 point leh lagi tu bukak wormhole… mungkin tak jauh, takat Ampang je… hahahah!
Salam,
Tahniah!!!
abe! congrats la ek for your book! Im really proud to be your sister..hehe..=p
Gua silap tengok atau cover buku tu paparkan design battlestar galactica coloniel viper?
Saudara Ahmad, gambar cover dilesen dari http://www.dreamstime.com dan pihak penerbit telah membayar kepada penyedia stok gambar. Saya dan Mat Jan (Editor) telah menyemak tentang kapal angkasa Battlestar Galactica itu, kedudukan enjin dan lubang di hadapan seakan sama tetapi rekaan pada cover ini lebih bersegi. Terima kasih atas makluman anda.
Oh? Tahniah! (lagi 2 hari…:)
Bro tahniah
[...] pergi ke kedai buku dua hari lepas khususnya untuk periksa sama ada Sayap Adinila (setelah diperiksa di laman web PTS, akan berada di pasaran pada 8 Februari) atau Opera Angkasa [...]
Assalamualaikum, tahniah!