Awang Goneng di UIAM

Alhamdulillah, program Bicara Buku Growing Up in Trengganu berjalan dengan lancar semalam. Terima kasih kepada Awang Goneng a.k.a En. Wan Hulaimi berkongsi ilmu dengan kami dengan UIAM selama sejam. Sambutan juga amat menggalakkan dan peserta yang hadir memenuhi Bilik Seminar.
Awang Goneng menjawab mengapa beliau menulis GUiT Dalam Bahasa Inggeris
Sungguhpun Growing Up in Trengganu dianggap bersifat lokal, tetapi nilai-nilai Islam yang dibawa bersifat universal dan merentas budaya. Seorang pelajar dari Bosnia mengatakan bahawa dia boleh duduk seharian mendengar Awang Goneng bercerita.

Setinggi-tinggi penghargaan buat Dr. Norbaiduri dan Dr. Azmuddin dari Jabatan Komunikasi kerana mendokong program ini agar menjadi kenyataan. Selalunya, birokrasi memerlukan masa 21 hari daripada cadangan kepada pelaksanaan program tetapi kami berjaya melepasi halangan tersebut.
Selepas ini, panggil siapa pula ya?
Nota: En. Roslan, terima kasih kerana datang mewakili PTS.
6 Responses to “Awang Goneng di UIAM”
Leave a Reply




Ini macam permintaan kepada DJ.
Cubalah upload full version video di Google Video.
Boleh tak?
it’s great to see the turnout and the video is a nice addition
boleh tau x ape blog Awang Goneng…
boleh x nk Awang Goneng punye blog kalau ade
I really enjoy reading GUiT by Mr. Awang Goneng.
You can reach his blog at http://kecek-kecek.blogspot.com
Terima Kasih….